MAJLIS PELANCARAN APLIKASI E-DESA
Kuala Lumpur, Selaras dengan dasar "Luar Bandar Sejahtera",
Kementerian Pembangunan Luar
Bandar (KPLB) sentiasa berusaha dalam membangunkan struktur
pembangunan
insan masyarakat luar bandar. Tidak terkecuali dari sudut
pembangunan sektor
ekonomi. Dengan ini telah disempurnakan Pelancaran Aplikasi E-Desa untuk membantu Usahawan IKS
terutama melihatkan kesannya kepada landskap ekonomi dunia.
Tidak terkecuali, Malaysia, yang seluruh rakyat terpaksa berhadapan dengan
beberapa perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
tidak lain tidak
bukan dibuat bagi membendung pandemik berkenaan.
Namun apa kesannya kepada ekonomi, perniagaan, perusahaan
kecil serta
masyarakat luar bandar?
.Seperti semua sedia maklum, kelompok
Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana
(PMKS) meliputi hampir 97 peratus perniagaan di Malaysia
Dengan wujudnya kesan pandemik COVID-19 yang tidak siapa
dapat
menjangkanya, telah mengakibatkan 90 peratus peniaga PMKS
atau IKS terkesan.
Jualan atau dagangan secara atas talian atau E-Dagang yang
sebelum ini
dipandang sepi mula mencetuskan 'fenomena'. Dari sekecil
kecil ais krim Malaysia
bernilai RM1 sehingga ke produk berjenama dipasarkan melalui
platform aplikasi
berkenaan.
lanya juga tidak dilihat lagi sebagai jalan penyelesaian
masalah kepada
pandemik COVID-19 malah ada antara peniaga/pengusaha bijak
mengambil
kesempatan untuk meluaskan pasaran ke peringkat nasional bahkan
antarabangsa dengan wujudnya aplikasi ini.
Ia juga turut melihat trend' di beberapa E-Dagang yang
popular seperti
Shopee, LAZADA, AliBaba; produk-produk yang dihasilkan oleh
negara-negara luar
seperti China, Belanda, Perancis, Taiwan bahkan Indonesia
banyak diiklankan melalui aplikasi tersebut
dipaparkan serta menarik minat pembeli dari Malaysia.
. Itu membuktikan platform ini mampu
mengetengahkan produk keluaran
anak-anak tempatan khususnya dari golongan IKS di luar
bandar ke peringkat
yang lebih tinggi serta antarabangsa.
Sehubungan itu, dengan wujudnya aplikasi E-Desa yang
dibangunkan
pasangan anak jati Kuala Nerang iaitu saudara Saiful Zaharin
bin Zakariya dan
Puan Fadhilah binti Azmi ia dapat menganjakkan lagi martabat
serta nilai pasaran
produk lKS luar bandar.
Nama E-Desa itu sendiri telah menggembirakan Menteri yang
bertanggungjawab menjaga Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB)
kerana ia secara tidak langsung mewakili kelompok masyarakat
luar bandar. Ia
juga dilihat dapat memberi gambaran awal serta
haluan tentang
produk-produk yarng dihasilkan.
Dengan ini orang ramai akan lebih mengenali produk Kopi
Dangau berbanding Nescafe ketika ini. lanya tidak mustahil
dengan usaha yang
berterusan dan tidak mengenal erti putus asa.
difahamkan juga E-Desa ini ada tagline nya yang
tersendiri iaitu "Produk
Orang Kita" yang mana menggambarkan aplikasi ini adalah
milik syarikat anak
Malaysia yang menggunakan kepakaran anak Malaysia 100%.
Selain itu, E-Desa juga mensasarkan produk tempatan dan
peniaganya juga
adalah daripada syarikat tempatan. Dijangkakan sebanyak 10
ribu orang peniaga
tempatan akan memasarkan produk masing - masing di dalam
aplikasi E-Desa ini
menjelang akhir tahun ini.
Terdapat lima modul utama vang dibangunkan secara
berperingkat termasuk
Pos, penghantaran 'local' dan barangan basah, Inap Desa ( Homestay ) ,
perkhidmatan Kedai
serbaneka diwujudkan dalam aplikasi E-Desa , Dengan ini E-Desa menjadi satu-satunya aplikasi
penting edagang khusus kepada Kelompok peniaga IKS yang bersifat tempatan dan global.
Sehubungan itu, E-Desa akan memberi peluang dan ruang kepada produk-
produk orang kampung' ini dipasarkan dengan lebih meluas dengan doa semoga
aplikasi ini bakal menjadi aplikasi wajib ada bagi setiap
rakyat Malaysia terutama
dalam membeli serta mendapatkan produk dan perkhidmatan
buatan Malaysia.
Tahniah kepada pasangan anak jati Kuala Nerang iaitu saudara Saiful
Zaharin bin Zakariya
dan Puan Fadhilah binti Azmi kerana berjaya menghasilkan
aplikasi E-Desa ini.
untuk info dan ingin melihat Aplikasi ini anda boleh ker website
edesa.my
Comments
Post a Comment