DATIN RAS PENGUSAHA JENAMA LOM MAHU MENCIPTA NAMA MENJADIKAN PRODUK TEMPATAN SETANDING ANTARABANGSA
DEWAN Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) terus memberikan sokongan kepada para peniaga wanita Islam di negara kita, terutama yang melibatkan perniagaan emas.
Lanjutan promosinya dalam satu masjlis pada Ramadan 1442 Hijrah/2021 Masehi di Kuala Lumpur, DEWI kini memperkenal pula sebuah jenama baharu berkaitan dengan perniagaan emas, iaitu Pautan Malaysia atau Links of Malaysia (LOM).
Menurut pengasas DEWI, Datin Raskidah Ali, (LOM) sudah
bersedia menjadi sebuah jenama tempatan yang ikonik, dengan keyakinan penuh
berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
“Antaranya ialah gelang tangan ‘Trisya’ sebagai alternatif yang menyeronokkan bagi azimat konvensional,” jelas Datin Raskidah yang lebih mesra dengan panggilan Datin Ras.
LOM juga telah melancarkan produk pertama yang berasaskan alat
muzik tradisional, iaitu Gong. Kemudian, tambah Datin Ras, akan datang ada Wau, Keris,
Terompah Melaka, Stadium JDT, Manggis, Durian, dan reka bentuk yang tidak
berterusan yang berkaitan dengan citarasa tempatan, tempat menarik, makanan dan
juadah atau ringkasnya ikon, ‘I Love Malaysia’. Produk ini akan mampu menjadi tarikan utama kepada ramai orang disamping memartabatkan Rekabentuk Tema Tempatan.
Biasanya lelaki tercicir atau ketinggalan dalam soal barang kemas/perhiasan diri. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak akan terjadi dengan LOM.
Kaum lelaki juga akan ada Produk yang dicipta olehnya sesuai mengikut Syarak Islam ketetapan, Antaranya Butang Baju Melayu dibuat daripada Perak .
Datin Ras Berpandangan Jauh yakin dengan Produknya “Tidak lama lagi LOM akan ada koleksi emas dan kulit yang boleh juga dibuat daripada sekerat. Kancing Manset peribadi kami dan ‘butang’ Baju Melayu Hari Raya (kelihatan seperti ketulan emas) nanti bakal meledak di pasaran nanti,” jelas Datin Ras.
Ini membolehkan LOM menyatakan secara peribadi gayanya, dan
pilihan azimat yang berpanjangan yang tersedia.
Sekali pandang atau fikir, harganya mesti mahal. Namun demikian, tegas Datin Ras, walaupun memiliki semua jenama fesyen, harga LOM masih agak munasabah untuk dimiliki .
“LOM berbangga menggunakan pelbagai jenis logam halus dari perak bernilai 9k,14k,18k, 22k, dan 24k,” ujar beliau dalam satu sesi bersama-sama media di IGC House, Sunway Valocity, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022 yang lalu.
Koleksi naratif LOM termasuklah loket, gelang, dan cincin yang boleh dimiliki, dan yang paling menarik anda juga boleh sarankanuntuk buat ukiran nama, ucapan dan lain-lain padanya secara PERCUMA.
Menariknya, LOM turut menawarkan perkhidmatan membaikpulih, tukar beli, serta menjual dan membeli jongkong emas. Bersama-sama Datin Ras, wawasan LOM mantap ke arah lebih cemerlang dengan menganjurkan bengkel untuk mendidik peniaga ‘kekal bertahan’ dalam industri emas, dan barang kemas.
Turut menghadiri sesi perkenalan LOM itu termasuklah Setiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan yang Teguh (SustNET), Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan, dua tetamu/rakan niaga dari Iran, serta pereka bentuk muda, Siti Nur Anati Muhammad Khairi, dan Khairunnisa Ab Rahman.
Siti Nur Anati dan Khairunnisa sedang dalam perundingan untuk menjadi pereka bentuk LOM. Jika diterima, pelantikan Anati dan Khairunnisa dialu-alukan kerana mereka pemegang ijazah Seni dan Reka Bentuk bagi Reka Bentuk Logam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Tetamu/rakan niaga dari Iran pula, menurut Datin Ras ialah
prospek untuk bentuk dan perkembangan perniagaan akan datang.
Dengan wujudnya Produk ini juga Jelas datin Ras Ia juga membantu anak muda untuk mendapatkan pekerjaan profesional dalam menjayakan wawasan membantu graduan IPT serta Anak Muda untuk memberi Peluang Pekerjaan,
Produk LOM ini juga akan menjadi semangat untuk beliau bersaing dengan produk lain diluar sana . Ia akan menjadi Produk yang mempunyai kelainan tersendiri dan anda akan terpegun bila dapat memilikinya kerana ia satu sentuhan yang sukar untuk dicari dengan mengekalkan warisan Tempatan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tel +603 9226 3108
Media Sosial LOM:
LinksOfMalaysia
IG- @LinksOfMalaysia
NayliBJewel
FB- NayliBJewels
IG- @NayliBJewels
Ikuti kami di laman sesawang:
www.igchouse.com
www.ifintechsolutions.com
www.imasgold.com
Comments
Post a Comment