PENGLAMAN MENYELUSURI SUNGAI ( RIVER CRUISE ) SUNGAI PAHANG TEMERLOH
Apa yang unik bila anda berada disini salah satunya pasti anda ingin merasai sendiri menaiki bot untuk menyelusuri Sungai Pahang di sekitar Temerloh. " River Cruise " ini berada berdekatan dengan Pekan Sehari di bandar Temerloh.
Pengalaman ini pastinya tidak akan anda lupakan. Bot yang anda naiki akan dibawa oleh seseorang yang mahir dalam mengendalikannya . Anda akan dibawa menyelusuri sungai hingga ke Sangkar Ikan Patin .
Kemudian ia akan membawa anda melalui bawah jambatan jalanraya penghubung utama di bandar Temerloh. Di dalam Boat mereka telah sediakan semua kelengkapan , Jadi anda tidak perlu bimbang untuk keselamatan terjamin. Di dalam Boat juga anda boleh mengambil gambar persekitaran semasa Bot bergerak.
Sungguh seronok bila anda menaiki bersama kawan kawan dan Seisi Keluarga ia akan mengamit kenangan yang tidak boleh dilupakan. Anda Juga boleh perpoto dengan Tulisan Besar Temerloh yang ada di sekitar Sungai yang dilalui. Bot ini akan bergerak selama 15 minit untuk satu perjalanan .
Ini adalah juruboat yang akan membawa anda menyelusuri keindahan Sungai ini.
Keceriaan akan terpapar diwajah anda bila menaiki Bot ini menyelusuri Sungai Pahang.
Disini ada disediakan gambar untuk Harga Pakej bagi menaiki Bot menyelusuri Sungai ini. Setiap Pakej berlainan dengan jarak perjalanan menaiki bot yang anda ikuti.
Untuk Pertanyaan mengenai Pakej menaiki Bot anda boleh hubungi no tel :
Haikal : 010-5510407
Encik Awang : 013-9439022
Comments
Post a Comment