SANGKAR PATIN TEMERLOH IKAN SUNGAI YANG SEGAR DAN SEDAP DIMASAK
Jika anda melawat ke Temerloh jangan lupa singgah di Sangkar Patin. Dekat sini anda boleh melihat sendiri Kehidupan Penternak Ikan Sangkar memberi Makanan kepada Ikan ikan yang ada. Pemandangan di kawasan Sangkar Patin ini sungguh indah. Disamping Ia terletak di tebing Sungai Pahang.
Yang berminat melawat Sangkar Patin ini bolehlah ke kawasan dinamakan Kampung Bangau , Ia juga berdekatan dengan Pekan Sehari. Disamping anda membeli di pekan sehari boleh singgah disini.
Di Sangkar Ikan Patin juga ada sebuah kedai yang menjual hasil tangkapan Ikan Patin. Untuk harga ikan patin sungai ini ia dijual dengan Harga RM 18 sekilo. Amat murah jika dibandingkan di kawasan lain. Ia juga ada menjual ikan Talapia dengan harga RM 18 Sekilo juga. Ikan yang dijual juga segar baru diambil dari sangkar ikan patin di belakang kedai beliau.
Dekat sini anda boleh bergambar kenangan dengan Sangkar Ikan Patin disamping pemandangan indah Sungai sekeliling seperti anda berada di kawasan Nelayan.
Pemandangan dari Dalam Sangkar Ikan Patin ada beribu ekor Ikan .
Tewrdapat banyak sangkar Ikan Patin dan talapia disini, Ada lebih kurang 20 Sangkar.
Hasil Temubual kami bersama pengusaha Ikan Patin Sangkar ini. Beliau dapat menghasilkan lebih 400 Kilo Ikan Patin Sangkar setiap hari. Patin Sangkar Sungai ni mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh Restoran di Temerloh Pahang. Hingga tidak mengcukupi untuk dihantar keluar Temerloh disebabkan permintaan yang tinggi . Ini kerana ramai yang memilih Ikan Patin Segar dari Sangkar ini kerana ia mempunyai rasa yang sedap dan tidak hanyir kerana Sangkarnya berdekatan dengan Sungai Pahang yang sentiasa mengalir.
Ynag Berminat Bolehlah datang kesini melihat sendiri keunikkan Tempat Sangkar Ikan Patin ini sambil membeli untuk bawa pulang Ikan Patin Segar ini.
Lokasi : Sangkar Patin Mukim Bangau , Temerloh
Dibuka : Setiap Hari
Comments
Post a Comment