Saiful Gulai Masam Patin

 Selepas pelbagai tempat anda bersisar siar di Sekitar Bandar Temeloh pastinya anda akan berasa lapar. Jadi bila berada Temerloh tidak lengkap jika anda tak Merasai sendiri keenakkan Masakan Patin . Di sekitar  Pekan sehari dan Esplende Temerloh ini ada satu Restoran yang Popular ia diberi nama Saiful Gulai Masam . 


Untuk ke tempat ini anda boleh menaiki Jambatan gantung dari tempat Pekan sehari dan Esplende Temerloh . dalam 200 meter sahaja. 



Konsep disini ia bertemakan Pinggan Mangkuk Lama serta Talam , Seperti anda pergi ke Majlis Kenduri di Kampung. 





Konsep disini anda boleh memilih sendiri Pelbagai makanan dihidangkan di atas meja dengan disertakan juga Harga yang berpatutan untuk Pilihan hidangan anda. 



Layanan dari pekerja restoran juga amat baik. 



Menu utama yang Paling Spesial disini adalah Patin Gulai Masam . 


Rasanya begitu sedap . Bila anda mencuba pastinya anda akan ingin datang lagi, Rasanya ada masam pedas , manis cukup rasa, Ditambah pula dengan Ikan Patin sungai yang memang sedap. Sungguh Syahdu rasanya. 






Terdapat juga beberapa hidangan yang lain sebagai penyedap rasa. 

Untuk Yang Berminat merasai sendiri Hidangan di restoran ini bolehlah datang bersama kawan atau Keluarga. 
















Comments