TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG MALAYSIA ( T3S )
Temerloh Titik Tengah Semenanjung merupakan salah satu tempat yang menarik harus anda pergi . Di sinilah Pusat Titik Tengah bagi mengukur Jarak di semenanjung.
Ini adalah salah satunya titik tengah yang ada di semenanjung Malaysia . Ia dapat memberi pengalaman bila anda dapat menjejak kaki kesini.
Jom datang kesini untuk melihat keunikkan Mercu tanda disini. Bawa bersama kawan kawan dan Keluarga anda.
Pemandangan yang begitu indah disamping tasik dan pokok pokok yang menghijau
Disini anda boleh melihat sendiri Info Tentang Kordinat Kedudukan Monumen ini dan Ketinggian adalah 52,176 meter dari paras laut.
Disetiap binaan Monumen ini mempunyai maksudnya tersendiri melambangkan kekuatan jati diri dan keberanian.
Terdapat juga Pelabagai Lukisan diabadikan berdekatan Monumen ini.
Disini anda boleh Bergambar kemana sahaja Semua Daerah Di Pahang ada disini.
Terdapat pelbagai Monumen yang menarik salah satunya Telaga Titik Tengah ini.
Ini adalah Monumen batu asal yang dibina masih kekal ada disini. Sebelum dibina Monumen yang baru.
Informasi tentang Peta anda berada di Titik Tengah ini.
Harga Bayaran untuk Tiket masuk kesini tidaklah terlalu mahal untuk Warganegara hanya RM 5 untuk dewasa dan Kanak Kanak RM 3 sahaja.
Jadi Jomlah datang kesini amat lengkap percutian anda ke Temerloh jika anda dapat menjejak kaki kesini kerana Titik tengah ini hanya ada disini sahaja. Ia adalah pengalaman penting bila anda berada disini dan mengambil gambar dijadikan kenangan yang indah.
Lokasi : Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (T3S)
Waktu Beroperasi : Isnin - Khamis : 10.00 Pagi - 4.00 Petang
Sabtu - Ahad : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
Comments
Post a Comment