JARI NERAKA USAHA SEDARKAN MASYARAKAT TENTANG ISU FITNAH MEDIA SOSIAL SUPAYA AMBIL BERITA YANG TEPAT


YB Datuk Zahidi bin Zainol Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia) telah melancarkan sebuah karya seni terbitan Rentak Sehati Sdn Bhd berjudul “Jari Neraka” yang  dihasilkan atas kebimbangan yg melampau tentang penyalahgunaan hak kebebasan bersuara dalam masyarakat kita.




Acara ini turut dihadiri oleh En Zulkarnain (Setiausaha Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Msia);Tuan Azizi (Wakil PDRM- Jabatan Jenayah Cyber);Dato Seri Wan Jamal; Zamatul Amri Zakaria (Pengarah urusan Rentak Sehati Sdn bhd & krew rentak sehati dan selebriti tanah air .



Rentak Sehati mengambil inisiatif ini untuk menukar jenis pendekatan kepada bentuk hiburan/ reality show dan hal kontroversi publisiti dan program pendidikan di dalam satu rancangan bagi tujuan mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial. 

Program ini juga  untuk memberi didikan dan pengajaran terhadap warganet di seluruh Malaysia agar sentiasa menggunakan media sosial dengan lebih profesional ,bermaklumat ,memberi fakta yang benar dan sentiasa lebih beretika dan beradab .



YB Datuk Zahidi bin Zainol Abidin dalam ucapannya berharap semua pihak agar sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan pelbagai platform media sosial.Di pihak kementerian beliau menerima pelbagai aduan berkenaan salah guna media sosial ini dan oleh kerana itu beliau berharap lebih banyak program bersifat pendidikan dihasilkan untuk mendidik masyarakat .


Melalui “Jari Neraka” ini juga ia mahu memberi amaran tegas kepada semua  pihak yang menyalahgunakan kebebasan bersuara melalui media sosial seperti memaki hamun,menyebar fitnah ,membuat tuduhan palsu dan sebagainya melalui pendekatan yang lebih bersifat pendidikan dengan kaedah yang lebih menarik .

 

“WA TANGKAP LU CONFIRM TERBAKAR”!


 

Comments