KEBUN CHE MAH MENARIK MINAT RAMAI PENDAKI SEBAGAI TEMPAT PERSINGGAHAN UTAMA

 Kebun Che Mah terletak di kaki Bukit Tabur, Hulu Kelang iaitu ( Banjaran Kuarza terpanjang di Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO ) Merupakan satu tempat persinggahan utama  bagi penggiat mendaki dan sukan lasak di Malaysia. Tempat tersebut juga berdekatan dengan Ibu kota Kuala Lumpur menjadikan ia Tarikan utama dari penduduk Kota untuk bersantai dari kesibukan Bandar . 




Kebun Che Mah berada di ketinggian 200 meter dari Paras laut menyaksikan suasana sungguh indah bila anda sampai disini. Hijauan pokok , Bukit bukau, Kicauan haiwan menyebakan anda tenang dan terpesona bila berada di kebun che mah ini. 




Sepanjang perjalanan saya kesini , Krew Che Mah membawa kami ke sebuah tempat perkampungan orang asli yang tidak jauh dari kebun che mah. Anda boleh merasai pengalaman berada di perkampungan orang asli melihat sendiri aktiviti yang mereka lakukan. Perkampungan Orang Asli Kemensah ini mempunyai 40 buah Rumah. 






Kelihatan juga turut sama anak anak orang asli menghiburkan suasana setempat. 







Bersama dengan kami juga adalah dari Staf Agro Bank turut sama menceriakan suasana berada di Perkampungan Orang Asli serta Kebun Che Mah . Mereka seramai 30 Orang aktiviti Menaiki ATV untuk ke Kebun Che Mah dari Perkampungan Orang Asli. 



Sampai di Kebun Che Mah kami disajikan dengan makanan tengahari Nasi Ayam beserta Mee Sup sungguh sedap apa yang dihidangkan . 









Di Kebun Che Mah juga kami dijamukan dengan pelbagai jenis durian, antaranya Durian Musang King yang ada ditanam disini. Anda boleh merasai sendiri Durian Musang King diambil terus dari Kebun Che Mah. Ia satu suasana pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 














Antara aktiviti yang diadakan di Kebun Che Mah pada waktu itu adalah pertandingan memasak. yang disertai oleh Staf - staf Agro Bank. Mereka begitu mahir memasak pelabagai masakan yang sedap sedap. Kemudian Juri  terdiri daripada pakar pakar seniman dan korporat iaitu Dato' Zorkafli Abdul Aziz , Tam Spider ,  Che Mah sendiri serta pengacara majlis Adam yang merasa sendiri keenakkan masakan mereka.Suasana ini sungguh menghiburkan bila berada di Kebun Che Mah. 



Pada masa itu juga CEO Agro Bank YM Tengku Ahmad Badlishah Raja Hussin turut bersama hadir meraikan aktiviti yang diadakan di Kebun Che Mah . Tegas beliau disinilah kita perlu bermula untuk hasilkan produk pertanian tidak lagi perlu bergantung kepada produk import dari luar negara. Kebun Che Mah adalah salah satu perintis untuk agro makanan negara. 










Aktiviti seteryusnya turut sama Tam Spider mendedangkan beberapa lagu belliau yang terkenal  untuk menghiburkan kami semua di Kebun Che Mah. Anak anak orang asli turut sama terhibur . Inilah Khidmat sosial yang kita perlukan untuk menjaga hubungan antara orang asal dengan orang luar supaya dapat mengiratkan lagi persaudaraan yang harus kita pupuk dari awal. 







Disini juga anda boleh menyaksikan sendiri keunikkan Batu Kuarza yang ada dikawasan Kebun Che Mah ini. Inilah warisan khazanah yang kita perlu jaga untuk anak cucu kita . Supaya ia kekal dapat dijaga dengan baik supaya generasi akan datang dapat meilhat khazanah bernilai ini yang masih ada. Sebagai penghargaan Seorang daripada anak orang asli telah memberikan sebiji Batu Kuarza kepada seorang sahabat kami. Sebagai tanda Persahabatan dan Persaudaraan. Jadi jagalah Alam sekitar kita
 ini. 







Di akhir kata datanglah ke Kebun Che Mah ini kami mengalukan kedatangan anda merasai sendiri pengalaman dan suasana berada disini. Siapa yang berminat untuk hadir Bolehlah menelefon no ini. 012 -2376030 Farid , Kebun Che mah . 

























Comments