WORLD İSLAMiC TOURISM AWARD 2023 MALAYSIA AITEX ASIA HAJJI, UMRAH & ISLAMIC TOURISM CONFERENCE & EXHIBITION

KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2023 : ASIA ISLAMIC TOURISM EXPO 2023 (AITEX 2023)

Persidangan dan Pameran Haji, Umrah & Pelancongan Islam berlangsung hari ini bakal

& merancakkan lagi industri pelancongan negara khususnya bagi pasaran pelancongan 

Mesra Muslim. Acara yang berlangsung hingga 15 September 2023 di Sunway Pyramid

Convention Centre dan Sunway Hotel Resort, Selangor ini dianjurkan dengan jalinan

kerjasama strategik bersama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Malaysia

International Tourism Development Association (MiTDA), Global Islamic Tourism

Organization (GITO) serta Santai Travel.

AITEX 2023 adalah satu acara pelancongan yang bertaraf antarabangsa yang melibatkan

pemain industri pelancongan dari seluruh ASIA di dalam mempromosikan Pelancongan

Islam serta Haji dan Umrah. AITEX 2023 mempunyai tiga acara yang utama iaitu

PERSIDANGAN AITEX- Haji, Umrah dan Pelancongan Islam yang akan berlangsung

pada 13 hingga 14 September 2023 di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel. 



Persidangan AITEX  ini akan mengetengahkan panel-panel professional dari luar dan dalam

negara yang terlibat secara langsung dalam sektor Haj, Umrah dan Pelancongan! Islam.

Persidangan AITEX merupakan platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar

dan pensyarah universiti bagi menimba ilmu dan pengalaman dari panel-panel professional

seperti dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Saudi Tourism, dan lain-lain. Panel-

panel professional ini akan membawa topik-topik yang menarik dan bermanfaat di

sepanjang 2 hari persidangan berlangsung. Delegasi AITEX 2023 yang dijangka hadiri terdiri

daripada agensi pelancongan dari seluruh ASIA seperti Malaysia Indonesia, Singapura

Brunei, India, Bangladesh, Thailand, Cambodia, Sri Lanka, Maldives dan lain-lain.





PAMERAN AITEX 2023 - Haji, Umrah dan Pelancongan Islam akan berlansung pada 13

hingga 15 September 2023 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dari jam 10

pagi hingga 6 petang. Pameran AITEX 2023 menyediakan ruang pameran dengan keluasan

7,157 meter persegi yang akan dipenuhi dengan pempamer-pempamer dari timur tengah

dan Asia. Pameran AITEX 2023 menyediakan platform bagi agensi pelancongan dalam dan

luar negara menjalinkan jaringan perniagaan di di dalam industri Pelancongan Islam, Haji 

dan Umrah. Pameran AITEX 2023 ini juga dibuka kepada pengunjung bagi melihat 

perkhidmatan serta jualan pakej-pakej pelancongan serta umrah yang dipamerkan oleh

pempamer yang mengambil bahagian dan menyediakan pembeli ruang diskusi khas yang 

dilengkapi dengan kafe khas kepada pempamer industri (trade buyers) untuk menjalankan

 jaringan  perniagaan masing-masing.  AITEX 2023 juga menyediakan Ruang Forum bagi

 pempamer mengadakan persembahan produk atau perkhidmatan mereka 

kepada pengunjung. 


MATA percaya dengan adanya Pameran AITEX dapat membantu agensi pelancongan 

menjalinkan  rantaian perniagaan masing-masing. Ini secara langsung membantu 

Malaysia mempromosikan produk-produk pelancongan Islam yang ada di 

Malaysia dan perlu diketengahkan.


 Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023) adalah satu acara yang

gilang gemilang sempena AITEX 2023 bagi mengingatikan sumbangan pemain industri yang

menalkan Industri Pelancongan Islam ke taraf antarbangsa. WIT A 2023 akan akan diadakan

pada 15 September 2023 bertempat di Dewan Utama Sunway Resort Hotel. WITA 2023

dijangka akan dihadiri lebih dari 1000 orang dengan lebih dari 100 meja makan.

Bagi pemain industri pelancongan dan pengujung yang berminat untuk menyertai 

AITEX 2023, 

boleh melayari laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai AITEX 2023

www.mata.travel 


Comments