“Jalan cerita filem ini santai mengenai kisah peniaga burger
dan semoga ia boleh menaikkan semangat mereka untuk terus berniaga. Itu adalah
plot utama dan dibantu sub plot lain. Antara yang lain ia mengisahkan tentang kehidupan 3 Orang pemuda yang cuba keluar dari masalah diri mereka tersisih dari kasih sayang keluarga dan ramai orang. 3 Orang tersebut tinggal dekat Kuala . Sbab tu mereka bertiga diberi panggilan Mat Kola , Dielek orang utara Kedah, Akirnya mereka berjumpa dan hidup bersama serta tinggal dalam satu rumah yang sama untu disewa. Mereka sebelum ini bertemu dengan Tuan rumah seorang Wanita berumur membantu mereka untuk menyewa rumahnya . Penyewa tersebut juga turut membantu memberikan modal untu ketiga pemuda tersebut untuk berniaga. dari situlah Ketiga Mat Kola tersebut berjaya dalam bidang perniagaan . Kebetulan mereka bertiaga adalah bujang jadi adalah beberapa babak mereka mengorat anak Tuan Rumah tersebut yang memiliki seorang anak perempuan yang cantik. sampai akhirnya mereka terpaksa bersaing. dan akhir sekali mereka mengaku tiada jodoh dengan anak penyewa tersebut dan mengucapkan terima kasih juga kepada tuan rumah kerana banyak membantu Mat Kola selama mereka tinggal disana sehingga mereka menjadi usahawan yang berjaya. Untuk mengetahui lebih lanjut babak cerita ini anda kenalah menontonnya di Pawagam. Ia juga mampu menghiburkan anda dengan beberapa babak yang kelakar.
Ulasan :
Filem Mat Kola ini adalah permulaan untuk membuktikan kerjaya Hafiz Nafiaz sebagai seorang pengarah, Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai penolong pengarah dalam
filem A. Razak. Antaranya, filem lakonan Datuk Aznil Nawawi dan Nasha Aziz,”
beliau juga berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie , dianggarkan sudah
hampir 20 tahun beliau berkecimpung dalam dunia lakonan. Jadi banyak
pengalaman telah beliau menimba . Sabab itulah Hafiz Nafiz mahu
membuktikan diri beliau juga mampu untuk mengarah Filem .
Biasalah setiap orang ada kelemahan dan akan belajar dari kesilapan.
Selaku penerbit penyelaras, pengarah dan lakon layar filem
Mat Kola, kata Hafiz, nama Mat Kola dipilih kerana filem ini menceritakan tiga
anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki (Usop Mentor), Mat Yon (Azman Ahmad) dan Mat
Not (Taiyuddin Bakar).
“Penggambaran filem membabitkan kos mencecah RM1 juta ini
berlangsung pada Oktober 2021 dalam tempoh hampir tiga minggu.
“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan
kerana banyak kekangan seperti proses suntingan, bahagian teknikal dan
sebagainya,” katanya.
Berkongsi jalan cerita pula, kata Hafiz, dia mahu
menghasilkan filem yang mudah difahami dan menghiburkan penonton. “Saya akui bukan mudah untuk mengarah genre komedi kerana
saya juga baca skrip berulang kali dan merombaknya banyak kali sebelum saya
imaginasikan dan beri penerangan pada pelakon,” katanya.
Ditanya barisan pelakon, kata Hafiz, semua pelakon utama dan
pembantu sangat profesional dan memberikan kerjasama terbaik di lokasi
penggambaran.
dari apa yang saya saksikan jalan cerita filem ini juga mudah difahami sama seperti apa yang ingin dilakukan oleh Pengarah sendiri. Cerita ia juga sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat dan ada penagajaran yang disampaikan antaranya kita harus hidup hormat Menghormati antara satu sama lain. Hidup bersatu padu dan bantu membantu . Jangan kita terlalu mementingkan diri sendiri sampai meminggirkan orang disekitar kita. Ia banyak makna bila anda menonton cerita ini. Suasana cerita ini banyak berlaku di Kawasan pekan Kuala Kedah. Cuma biasalah untuk permulaan ini mesti adanya kelemahan dari segi jalan cerita filem ini. Antaranya jalan cerita amat mudah dibaca dan kebiasaan yang ada dalam filem atau drama lain. dari itu perlunya ada pemgembangan cerita ang lagi lebih kelainan dan keterujaan untuk penonton yang melihatnya .Namun ia masih baik dan seronok untuk ditonton oleh masyarakat. Watak Mat Kola itu juga kena dengan meraka yang melakonkan .Antaranya sudah pasti anda tidak sabar ingin melihat lakonan Usop mentor sebelum ini beliau terkenal dalam bidang nanyian , Kali ini Usop banyak melakonkan beberapa adengan lawak yang pastinya membuatkan anda akan ketawa . Serta lakonan artis lawak yang lain juga, serta penampilan Che ta ang memberi seri dalam filem ini. Jadi Anda kena melihatnya sendiri Filem ini dipawagam kerana ada babak yang menarik tentang perwatakan Mat Kola yang menjadi persoalan anda, Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda saksikan Filem ini dipawagam Pada 21 Sepetember 2023 ini.
Comments
Post a Comment