KONSERT LAH AHMAD JATUH CINTA DI ISTANA BUDAYA

 

Kuala Lumpur 13 September 2023 Pelancaran Konsert Lan Ahmad telah diadakan di 

Hotel IDEAS. Buat julung kalinya Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd 

menganjurkan konsert di Istana Budaya serta memilih Lah Ahmad sebagai penyanyi 

utama untuk konsert ini. Konsert ini diarahkan oleh YBhg Dato' Haji Reduan Yusof 

sebagai Pengarah Projek.

Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produksi vang

ditubuhkan pada tahun 2015 bermula sebagai syarikat pengurusan majlis, pengurusan artis,

pengendalian penaja dan pemasaran serta video korporat, Pada tahun 2018 Rubbertapper

Production House (M) Sdn Bhd mengembangkan lagi perkhidmatan perniagaan sebagai

syarikat pembekal program TV tempatan dan juga antarabangsa serta penyewaan peralatan

penggambaran TV.


Sudah semestinya pemilihan Lah Ahmad untuk konsert ini juga adalah berdasarkan

keupayaan beliau memberikan persembahan secara langsung dan jiwa beliau yang sentiasa

memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Serta sejarah beliau di dalam industri

yang sudah pun menjangkau lebih dari 25 tahun Beliau juga pernah memenangi 

Persembahan Vokal Terbaik di AJL ke 22. Selain tampil dengan irama R&B, 

beliau boleh membawakan pelbagai genre muzik_ dengan baik. Sepanjang pembabitan 

beliau di dalam industri ini, beliau telah menerbitkan 4 buah album. 

Antara lagu yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan

 Ayu yang mana ia juga dijadikan antara nama untuk tiket konsert beliau.


Konsert ini akan memberikan kelainan yang mana Lah Ahmad akan bergabung bersama

Orkestra Simfoni Universiti Malaya ini di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin 

iaitu Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya Pemilihan lokasi konsert di 

Istana Budaya adalah kerana kesesuaian dengan konsep persembahan, ia bertaraf 

antarabangsa dan berprestij. Lah Ahmad akan menghiburkan peminat selama dua jam 

dan anggaran 21 lagu akan diperdengarkan. 


Lah Ahmad juga akan membuat kejutan dengan menjemput beberapa

penyanyi undangan. Konsert ini akan diketuai oleh En. Muhammad Shahwalnaz bin Hussin

selaku Pengarah Muzik. Beliau juga merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di

Istana Budaya. 


Menjelang tarikh 7 Oktober nanti, Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 

Tiket Konsert Lan Ahmad 

menerusi website :

https://ilassotickets.com/event/lah-ahmad-jatuh-cinta-live-at-istana-budaya/


Anda juga boleh layari di Facebook Page :

https://www.facebook.com/rubbertapperproduction

Konsert ini terhad dan hanya ada pada satu malam sahaja jadi jangan lepaskan peluang 

untuk menyaksikan konsert Lan Ahmad yang hebat ini. 

 




Comments