Chef Bob & Para Selebriti Meraikan Dr Mustafa Mohammed Taher Merupakan Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023
KUALA LUMPUR, 5 September 2023 - Dr Mustafa Mohammed Taher, pakar bedah Bariatrik di Pusat Perubatan CENGILD telah diraikan pada acara Hi-Tea bersama Media bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang ,Kuala Lumpur.
Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah
seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah
Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur. Dr Mustafa yang
merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik yang mahir telah melakukan lebih daripada 2000
pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu. seinggalah sekarang.
Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau
merupakan penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah
obesiti dan berat badan berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat
mereka untuk menghadapai kehidupan yang lebih baik. Kerana ia tergangu oleh pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan
seharian mereka.
Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para
pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat banyak penyakit berbahaya seperti kencing
manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk,
kemandulan,asma,serangan panik, kemurungan,sakit lutut, sakit belakang,dan anti
sosial juga dapat dipulihkan dengan hasil nasihat Dr Mustafa berikan. Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif
menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri
yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri . Chef Bob sendiripunn sebelum ini telah
berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk
menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. Chef Bob telah
berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun
selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.
Diantara rakan Selebriti-Selebriti yang turut hadiri adalah Datuk
Khaty, Zarina Zainuddin, Ziana Zain, Liza Abdullah. Mina, Dato Zila Jalil . Semadsa acara Rakan
selebriti berkongsi berita bersama pengamal Media tentang pengalaman mereka yang pernah mengadakan sesi pembedahan bersama Doktor Mustafa. Mereka menceritakan dari awal berjumpa dengan Dr Mustafa ketika kesihatan mereka belum baik. Sehinggalah pada masa sekarang kesihatan mereka dapat pulih dengan baik hasil dari rawatan yang diberikan ole Dr Mustafa dan dengan izin allah juga untuk pulih di Restoran Hawdramawt
Kitchen jalan Ampang.
Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai
pesakit dalam dan di luar negara yang datang sendiri berjumpa Dr
Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau supaya kesihatan mereka akan lebih baik.Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai
orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada
masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak
dirawat namun ia tetap akan berikesan yang baik jika dirawat.
Pada hari tersebut bersama Datin Alyah. akan diadakan Malam Charity Dinner akan datang disamping bagi NGO Mengutip Dana Sumbangan membantu merekamemerlukan.
Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Sosial Media beliau
https://www.instagram.com/dr.mustafamt.my/
atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah
No. Telefon
+60162330678






Comments
Post a Comment