Kuala Lumpur 26 Ogos 2023 Persidangan Barangan Kemas, Beg Tangan, Aksesori dan Pameran Dagangan (AJHA) Peringkat Asia telah diadakan bertempat di Hotel Royal Chulan,Kuala Lumpur dengan
kehadiran 100 peserta dari 3 negara dan 6 "booth" pameran produk disamping sesi
diskusi panel ,sidang meja bulat dan sesi jaringan industri bergerak aktif bersama.
Acara ini dirasmikan oleh Datuk Seri Isham Ishak ,Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama dengan Puan Sarah Bakri , Datin Dr Raskidah Ali dan rakan rakan seperjuangan. Ia julung kali diadakan di disini.
( Datuk Seri Isham Ishak ,Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri )
Dalam ucapan beliau Datuk Seri Isham Ishak mengucapkan
tahniah kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus mengadakan acara AJHA ini
dan pihak kementerian kata beliau akan sentiasa menyokong semua dan komited
untuk membantu serta meningkatkan pelaburan dalam industri barangan kemas ini. Acara
seperti ini diharapkan dapat memberi ilmu kepada pengiat industri yang hadir
disamping membina jaringan perniagaan antara satu sama lain.
AJHA yang diadakan buat pertama kali ini dianjurkan oleh "Best Events Productions" diketuai oleh Sarah
Bakri dan Datin Dr Raskidah Ali,pengasas Nayli B
( Pengarah "Asia’s
Jewellery ,Handbag,Accessories Conference and Trade Show@AJHA" ,
Sarah Bakri)
Menurut Pengarah AJHA ,Sarah Bakri acara ini mengumpulkan
para pengiat industri barangan kemas dan memberi fokus juga kepada isu
kelestarian Produk. Para peserta berpeluang mengikuti forum yang membincangkan
pelbagai isu berkaitan fesyen dan kelestarian disamping melihat pameran
pelbagai produk syarikat.
“This event is not
solely about products; it's about connecting, collaborating, and learning from
the industry's best. We have brought together experts, and creative minds from
across Malaysia, Indonesia and China. Their stories, experiences, and insights
are here to guide and inspire us. Together, we seek to elevate the industry,
enrich our understanding, and elevate our collective expertise.”-Sarah Bakri
( Pengasas Nayli B Jewels ,Datin Dr Raskidah Ali)
Turut diadakan pada acara AJHA ini ialah pelancaran produk
terbaru Nayli B Jewels.
Menurut pengasas Nayli B Jewels ,Datin Dr Raskidah Ali
produk Nayli B ingin menjadi contoh bagaimana produk tempatan Malaysia
mampu menarik minat para pengguna di peringkat antarabangsa .Kepakaran pereka
bentuk tempatan harus dimanfaatkan sebaik mungkin dalam penghasilan produk
Nayli B ini dan hasil seni mereka menarik perhatian orang ramai termasuk pembeli
dari luar negara.
AJHA dengan tema utama fesyen dan kelestarian
(Sustainability ) ini menampilkan para panel berwibawa yang mengupas pelbagai
isu terkini dalam dunia barangan kemas,strategi media sosial,isu ESG dalam
dunia perniagaan dan pelbagai topik menarik yang lain.
Para peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan
kelestarian ,memanfaatkan media sosial seperti Tiktok,dan mendengar perkongsian
para pakar dalam dunia barangan kemas di Malaysia.
Kemudian Datuk Seri Isham Ishak ,Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut Melawat ke "Both-Both" Jualan dan Pameran di Luar Perkarangan Dewan Persidangan. Turut bersama menemani adalah Pengarah AJHA ,Sarah Bakri dan Datin Dr Raskidah Ali produk Pengasas Produk Nayli B. Datuk Seri Ishak Kagum dengan pelbagai Produk menarik dipamerkan dan dijual disini. Ia membuktikan kita mampu menghasilkan Produk Berkualiti tinggi dan mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Turut terdapat pada acara AJHA ini ialah booth pameran
pelbagai syarikat yang menampilkan produk seperti barangan kemas,beg,kasut dan
pakaian .Antara booth yang terdapat disini ialah Malaysia Official Designers'
Association (MODA), China Fashion Association, Nayli B, Jwelin by Dr Beads,
Digitex, Wirdora dan Nusantara Fashion House dengan koleksi barangan kemas oleh Jonathan Yun.
Untuk Maklumat lanjut berkenaan AJHA ini boleh hubungi :-
hanniz@bestevents-asia.com
Comments
Post a Comment