MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN MERDEKA BERSAMA ANAK ANAK YATIM DAN "DTANDOOR INTERNATIONAL GROUP OF RESTAURANTS"

25 Ogos 2023, Putrajaya Kumpulan Rangkaian Restoran Antarabangsa D'Tandoor telah mengadakan Majlis pelancaran kempen "Kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan Merdeka bersama dengan anak anak yatim di Restoran D'Tandoor Putrajaya, Tetamu kehormat YBhg. Datuk Mohamad Fauzi Bin Md, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Kementerian telah menghadiri dan merasmikan majlis tersebut.


Majlis ini adalah satu usaha bagi menyemarakkan semangat patriotik bersempena sambutan hari kemerdekaan bersama D'Tandoor yang turut disertai pelangan-pelangan setia DTandoor, golongan yang kurang berupaya sebagai tanda kesyurkuran dan juga berkongsi kebahagiaan dengan semua. Majlis ini secara tidak langsung bertujuan untuk memupuk kesedaran erti kemerdekaan dan menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan masyarakat.


Sambutan hari kemerdekaan adalah penting sebagai tanda menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Mungkin sukar untuk generasi masa kini untuk merasai pengorbanan tokoh terdahulu tetapi mereka boleh mengambil pengajaran dan mempraktikkan nilai-nilai murni yang menjadi teras kepada perjuangan menuntut kemerdekaan negara. DTandoor turut mengambil bahagian dan mengadakan kempen ini sebagai tanda patriotism terhadap negara kita.



Sejak dibuka 32 tahun yang lalu, D'Tandoor telah mengharungi pelbagai cabaran untuk mencipta nama sebagai pakar masakan India Utara, Arab dan Malaysia yang utama di negara ini. D'Tandoor telah melakar nama sebagai francaisor masakan India Utara yang pertama di Malaysia. "Kami telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran untuk tiba pada saat yang bersejarah ini. Saya ingin merakamkan rasa kesyukuran saya kepada hadarat llahi dan pelanggan - pelanggan setia kami yang telah menyumbang kepada setiap kejayaan kami," kata Datuk Abdul Malik Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Restoran D'Tandoor. 


Seramai 150 tetamu telah menghadiri dan memeriahkan majlis ini. "Di saat menyambut sambutan kemerdekaan ini, kami tidak lupa juga kepada golongan anak yatim dan golongan asnaf untuk turut serta dalam maraikan sambutan D'Tandoor dan sebagai tanda rasa bersyukur," kata Datuk Abdul Malik Abdullah.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, Dtandoor ada membuat Promosi Jadi Bolehlah anda datang ke cawangan Restoran kami di Lokasi

Putrajaya 
Lot A1-LG-1
Ayer@8, Presint 8,
Jalan P8G,
Putrajaya

No Telefon :
03-88931628

Comments