Rangkuman Filem Fanna Aksi Romantik Berbahaya Menguji Minda anda Menonton



Filem :

Fanna

 

Pengarah:

Andy Weng Sum Liew

 

Genre:

Aksi Romantik

 

Pelakon:

Syafie Naswip,Fify Azmi,Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan


Penerbit:

JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD


Edaran:

MIG METROWEALTH

 

Saluran:

Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia

 

Tarikh Tayangan:

28 September 2023

 

Sinopsis:

Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui

cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula

berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas.

Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri

daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih

parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba

menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti,

Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.


Ulasan :

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna telah diadakan di Dadi Cinema, Pavilion

pada 22 September 2023 , Filem ini dihasilkan khusus bagi memberi sokongan 

kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh JAGỦAR LIM FILMS 

ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan 

wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.

 

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD

serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai

sokongan penuh yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital ( KKD ) 

melalui perbadanan kemajuan filem malaysia ( Finas ) atas dana kandungan digital ( DKD ) 

demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.




Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem

Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify

Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut

menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.


 

Pihak penerbit dan edaran Filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang

diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media

cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak

penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 

28 SEPTEMBER 2023!

Untuk maklumat lanjut ada di Web Rasmi

https://fannamovie.com


Rating 8/10 

Trailer Filem Fanna di You Tube




Comments