Majlis Pelancaran " Trailer & The Making Of Film Pagari Bulan" Bersama Para Pelakon Yang Hebat

Bukit Jalil 22 September 2023 MIG sebagai Rakan Promosi bersama Eleven Field Creative Sdn Bhd Penerbit kembali dengan Filem Pagari Bulan yang akan ditayangkan secara rasmi pada 5 Oktober 2023 merupakan filem arahan Ts Raja Mukhriz. Seorang pengarah tempatan yang tidak asing lagi namanya dalam industri tanah air Malaysia. Official Trailer Filem Pagari Bulan ini akan disiarkan secara rasmi pada 12 September 2023 di semua platform sosial media Eleven Field Creative & Metrowealth.

Filem Pagari Bulan dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat iaitu Nazeera Sardi, Aniq Durar dan Trisha Ooi sebagai teraju utama dan dibantu pelakon lain seperti Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang.

Filem Pagari Bulan mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yangberhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatandan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka dalam apa cara sekalipun,Maka ramai yang didera dan dibunuh, dan anak gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka Comfort Woman. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap. Dikurung, dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu. Kejahatan Jepun yang kejam terhadap wanita membuatkan Bulan mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan bangsa dan tanah airnya.


Eleven Field Creative Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Digital serta FINAS dalam menyokong dan menjayakan filem Pagari Bulan ini termasuk semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem "Pagari Bulan" akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.



Jom Saksikan Filem ini akan ditayangkan pada 5 Oktober 2023


Trailer Filem Pagari Bulan boleh dilihat di You Tube 





Comments