Isu Warga Asing Bermaharajalela Berniaga Secara Haram di Kaki Lima sepanjang Kedai di Little India , Brickfields.
Kuala Lumpur 20 September 2023 Sidang media khas ini di adakan atas (kepercayaan bahawa ) kelalaian yang amat sungguh dilakukan oleh pihak pihak dan agensi agensi kerajaan yang sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap pengguna pas lawatan dan juga warga asing yang mempunyai dokumen sah seperti pasport negara asal mereka dengan sengaja menjalankan aktiviti berniaga tanpa lesen dengan menjaja di brickfields serta wilayah lain di Kuala Lumpur.
Mereka terdiri daripada warga punjab,india dan pakistan serta tamil,telugu
dari selatan india menjalankan aktivit menjual barangan manisan dan barangan
makanan tradisi india dengan meletak meja-meja besar yang diatur hadapan
keda-kedai perniagaan di sepanjang jalan (kawasan little india brickfields, kl). Telah mengundang ketidakselesaan pengguna yang melalui jalan tersebut.

Sebelum ini mantan ketua imigresen khairul dzaimee daud mengeluarkan kenyataan bahawa jabatan imigresen malaysia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada dewan bandaraya kuala lumpur (dbkl) dalam menguatkuasakan perkara yang tertera diatas jelas beliau.
kebanjiran peniaga warga asing amat mengugat ketenteraman penduduk setempat , serta kedudukan ekonomi, sosial warga malaysia khususnya Warga Tempatan ang telah lama menetap di kawasan ini.
Warga Tempatan sendiri pun terpaksa memohon lesen daripada suruhanjaya syarikat malaysia dan
juga mereka perlu mengambil lesen daripada (dbkl) untuk menjalankan kegiatan perniagaan menjaja di wilayah kuala lumpur pada
-07/05/2020 di Sumber berita sinar harian.
Dengan berlakunya perkara ini kebanjiran peniaga warga asing ini akan mengugat ketenteraman dan kedudukan ekonomi, sosial warga tempatan disini. Warga tempatan sendiri pun mengambil lesen untuk menjalankan perniagaan sedangkan warga asing dengan sesuka hari menjaja secara haram disini.
Saya Memohon pihak dbkl datuk bandar kuala lumpur harus bertindak Tegas dengan segera mengikut kuasa
yang di berikan kepada beliau demi menjaga martabat perundangan negara.
Comments
Post a Comment