TRANSFORMASI KAYDA MENERUSI lAGU TERBARUNYA ‘LEN MACAM’
KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023 - Ibarat pepatah Melayu yang masyuhur “diam-diam ubi berisi” begitulah diibaratkan buat artis hip-hop wanita tanah air bertubuh genit dan bersemangat waja, Kayda Aziz, hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana karya, kini beliau kembali dengan single hip-hop terbaharu berjudul ‘LEN MACAM’ hasil nukilannya sendiri dengan komposer muda berbakat, DJ Ziqq.Artis Hip-Hop Wanita Tanah Air Kembali Dengan Single Terbaharu Setelah Hampir Setahun Tidak Muncul Dengan Mana-Mana Karya.
Bintang Mamee Chef Mi Goreng Rendang Lagenda bersama bondanya ini lebih banyak
menghabiskan masa merakam lagu-lagu baharu selain meluangkan masa bersama keluarga
tercinta dengan bercuti di luar negara.
“Lagu ini menyaksikan transformasi saya sebagai seorang individu yang baharu dan dinaik taraf.
Saya sering mendengar rakan-rakan dan keluarga menyebut ayat LEN MACAM
ketika berborak, jadi saya rasakan ia idea yang bagus jika dijadikan lagu, manakala melodinya pula
terinspirasi daripada lagu yang dibawakan oleh penyanyi Latin antarabangsa, Rosalía.
“Selain proses rakaman lagu, rakaman MV (video muzik) berlarutan sehingga 20 jam yang memaparkan
pelbagai visual dengan tujuh persalinan yang berbeza oleh pereka fesyen terkenal,
Gillian Hung, Afiq M dan pereka hiasan kepala, Bremen Wong.
“Fesyen dan muzik sentiasa seiringan dengan saya, saya mahukan sebuah tema yang ceria dan
menarik bagi menggambarkan keraian dan kekuatan, segalanya telah dilaksanakan oleh team
Black Visuals Production,” tambah Kayda.
Sebagai anak seni, Kayda mahu menjadi artis multi-genre walaupun memulakan kerjayanya
dengan muzik hip-hop, kerana kebanyakan lagu-lagu yang dihasilkannya sebelum ini mempunyai unsur,
pop, RNB dan juga dansa.
“Sebagai seorang wanita, kami sering berdepan dengan stigma dan mentaliti yang kaum hawa perlu akur
kepada lelaki walaupun pintar, berbakat dan bersifat kendiri, ini sedikit sebanyak memberikan tekanan.
“Namun begitu, saya percaya dengan diri sendiri dan sentiasa memperbaiki diri di samping belajar
menjadi lebih matang dalam apa jua situasi, anggaplah lagu LEN MACAM
ini metamorfosis saya kepada Kayda yang baharu, semoga lagu ini dapat diterima oleh semua, dan
juga kepada seluruh penggemar muzik.
LAGU : LEN MACAM boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua
syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui
aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music,
KKBox dan Deezer.
Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Kayda.
Comments
Post a Comment