Rangkuman Filem "Vik2ria Secret" Kemunculan semula Filem arahan A R Badul
Filem :
Pengarah:
Genre:
Pelakon:
Ropie Cecupak, Man Raja Lawak, Fiza Halim, Wan Gegau, Annie Arifin, Keena Mentor
Penerbit:
Saluran:
Tarikh Tayangan:
Sinopsis:
Viki (anak yatim piatu) pergi ke Kampung Horni dalam kegembiraan tetapi perjalanan dia penuh dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”.TOK KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB)kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI. Peluang cerah timbul kepada Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu. Pelbagai kontroversi buat TOK KK makin bertindak tak rational dan menimbulkan kemarahan kepada Viki yang rasa kurang senang mengapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK kononnya perbuatan merekamempunyai agenda yang merosakkan akhlak orang kampung. Pembukaan Vik2ria Secrets mengundang gelagat lucu kepada penduduk Kampung Horni dan di sambut baik. Ini buat TOK KK rasalebih gelisah kerana hasrat dia bagi menghindarkan VIki terus tinggal di kampung makin susah kerana VIKI mungkin merupakan anaknya hasil hubungan intim dengan pelayan bar tempat dia menyanyi sebagai “paperdoll” waktu dulu dulu. Bagi mengelakkan perkara anak luar nikahnya diketahui yang boleh merosakkan imejnya kuncu dia telah bertindak sabotaj butik Vik2ria Secrets tanpa pengetahuannya. Banyak insiden lucu berlaku akibat dari tindakan sebegitu terutama sekali SAAD pembantu TOK KK sehingga VIKI hampir menyerah kalah dan tinggalkan Kampung Horni. Apapun Air yang dicincang takkan putus dan Tok KK akhirnya terima kenyataan Viki adalah anaknya dan semua perancangan buruk Zamri terbongkar. Tok KK tetap di terima orang kampung sebagai YB.
Ulasan :
Filem Kemunculan semula Arahan AR Badul ini telah lama ditunggu oleh peminat beliau dimana ramai sudah tahu kehebatan Filem Arahan dan lakonan beliau. Kini AR Badul muncul dengan filem terbarunya Vik2ria Secret ada resepi tersendiri akan dipertontonkan dipawagam pada 16 Jun 2023 ini.
Penerbitan Filem Vik2ria Secret adalah hasil idea dari Tuan Ata, Pegawai Khas mantan pengerusi Finas, Allahyarham Dato Kushairi yang memberi tajuk Bra Merah. Selepas beberapa perbincangan bersama pihak panel Finas berkenaan tajuk filem ini, kami bersetuju untuk menukar tajuk ini kepada Vik2Ria Secret, Ini jelas menunjukkan Filem ini telah melalui tempoh yang sudah lama di dalam perancangan.
Konsep yang dibawa dalam filem ini adalah Lawak Komedi . Boleh dikatakan ramai juga yang melihat semasa Tayangan Permulaan rata rata ada yang ketawa dan gembira. ia membuktikan Filem ini mempunyai Lawak Komedi yang berkesan. Salah satunya adalah watak yang dibawa oleh AR Badul , Ropie Cecupak, Man Raja Lawak dan lain lain. Ini juga kerana pelakonnya sudah banyak pengalaman dalam Produksi lawak. Sudakh kebiasaan lawak mereka tidak dibuat buat.
Latar Belakang dan lokasi Filem ini banyak dilakukan di Kawasan Kampung dan sedikit babak di kawasan bandar . Dikatakan banyak juga adengan dalam filem ini telah dipotong oleh LPF Negara. Kerana untuk filem ini lulus tontonan bawah 18 tahun. Berlaku banyak konflik yang luar biasa dalam filem ini. Antaranya tentang pertelingkahan anak dan ayah pada awal . Sehingga kepada pertelingkahan untuk melantik ketua umum.
Dari segi dialog, kesan bunyi, Latar belakang Muzik amat berkesan dalam filem ini. Dimana muzik yang diola begitu kena dengan suasana Filem ini ia menambahkan lagi Lawak dan keterujaan. Dialog yang disampaikan juga senang untuk difahami. Cuma ada ayat ayat tertentu ada maksud tersendiri bagi orang dewasa mengetahuinya.
Untuk Filem ini jalan ceritanya mudah dan senang difahami tidak perlu untuk banyak berfikir. Kerana situasi babak dalam filem ini dari awal sampai akhir anda akan faham dengan mudah. Banyak sudut cerita tidak terlalu plot twist dan tersorok. Ia jelas disampaikan dalam banyak babak adengan dalam filem ini. Tentang watak pelakon juga ia kena dengan mereka. Lakonan Ropie Cecupak memang memberi kesan yang jelas disamping pelakon lain seperti Fiza Halim dan beberapa watak yang lain. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda saksikan Filem ini dipawagam Pada 16 Jun 2023 ini.
Rating 6/10
Comments
Post a Comment