Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Bersama Bekerjasama dengan Syarikat Kosmetik "Skin Desert" Bagi Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Baru
GEORGE TOWN 22 Jun 2023 : Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dengan kerjasama usahawan produk kosmetik, Skin Dessert baru-baru ini menjayakan Kempen Tabung Pembangunan Usahawan Wanita di Hotel Eastern & Oriental, di sini, pada Selasa.
Timbalan Presiden Kebangsaan MTPN, Abdul Malik Jamaran
berkata, kolaborasi itu bertujuan untuk melahirkan usahawan baru sekali gus
menjadi platform terbaik untuk mengumpul dana bagi membantu golongan wanita
khususnya dalam aspek peluang pekerjaan.
“Kita nak kumpulkan dana melahirkan ekosistem di mana dana
ini kita salurkan balik kepada usahawan wanita baru dan akan kembali memulakan
perniagaan melalui produk yang Skin Dessert keluarkan,” jelasnya.
Ucapan oleh Alif Kadir ,Pengasas bersama Skin Desert,menjelaskan Selain dari usaha kempen tersebut, MTPN sebagai rakan
strategik turut mengadakan saluran khas kepada pengguna untuk membuat aduan
berkenaan masalah kulit atau isu-isu berkaitan produk Skin Dessert secara terus kepada pihaknya.“Jika ada pengguna di luar sana mengalami sebarang isu
permasalahan, kita di MTPN telah bersetuju dengan adanya program tabung ini,
kami akan buat satu saluran khas di mana MTPN sendiri menjadi rakan strategik
dari sudut tabung dan juga isu-isu permasalahan.
Sementara itu, usahawan kosmetik Skin Dessert, Zirra
Abdullah meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk menjalin
kerjasama dengan MTPN dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan wanita
berkaliber.Berkenaan Produk Skin Care Boleh Layari website di bawah
https://skindessert.my/
Tentang MTPN Boleh lihat di video You Tube dibawah . Kredit kepada Youtube
https://www.youtube.com/@mediavariasi



Comments
Post a Comment