PELANCARAN PAKEJ UMRAH MUKIM 80 HARI DAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM KERJASAMA
KELANA JAYA, 21 Jun 2023 - Persada Global Holidays Sdn Bh
(PGH) hari ini telah melancarkan pakej umrah terbaharu iaitu Pakej Umrah Mukim
80 Hari (UM80). Ia turut sama dihadiri oleh Bintang Artis terkenal Aaron Aziz sebagai duta untuk pakej umrah ini.

Pakej istimewa in merupakan kesinambungan dan penambahbaikan
daripada Pakej Umrah Iktikaf Ramadhan yang merupakan program umrah tahunan dan
sentiasa mendapat sambutan yang memberansangkan anjuran PGH.
UM80 juga turut menyelitkan program-program menarik seperti
daurah (kelas) tafsir, hadis, sirah, program iktikaf ramadhan dan pelbagai
lagi, bagi member nilai tambah dari aspek kerohanian kepada setiap peserta.
Dengan harga serendah RM 19,980.00 para jemaah akan berada
selama 80 hari di Haramain. Para jemaah turut berpeluang meraikan serta
mengimarahkan Ramadhan seterusya menyambut Syawal di sana. Pakej ini disasarkan
untuk mereka yang sentiasa mencari peluang mendalami ilmu agama, golongan
pesara atau yang mempunyai kelapangan masa selain mempunyai keinginan untuk
menelusuri budaya dan sejarah orang Arab di sana.
Lebih menarik lagi, pakej ini menampilkan tenaga pengajar yang
berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Pihak syarikat menyediakan
perkhidmatan tambahan seperti pasukan medik dan bantuan perubatan khas bagi
memastikan soal kesihatan dan keselesaan para jemaah terjaga. Para jemaah juga
berpeluang untuk menjelajah pelbagai tempat-tempat bersejarah seperti Taif,
Badar dan juga Al Ula bersama pengiring berpengalaman selain menunaikan umrah
bersama.

Selaku sebuah syarikat pengendali umrah yang berpengalaman
lebih 10 tahun, PGH sentiasa berusaha sebaik mungkin bukan sahaja untuk
memberikan perkhidmatan terbaik, malah turut menitikberatkan pengalaman
perjalanan umrah yang bermakna dengan pengisian ilmiah yang meransang
pembentukan rohani para jemaah. Aaron Aziz kali ini berpeluang dengan keluargana untuk menunaikan Umrah 80 hari ini. Bagi beliau ini adalah peluang untuk beliau sibukkan diri dengan beribadah di tanah suci mekah. Beliau sebelum ini seringkali bersama dengan Persada Global untuk menunaikan umrah.
Semua maklumat boleh diperoleh melalui laman web rasmi PGH
atau laman sosial rasmi Persada Global Holidays di
Facebook :
https://www.facebook.com/persadaglobalholiday
Instagram :
https://www.instagram.com/persadaglobalholidays
Tiktok :
https://www.tiktok.com/@persadaglobal
Youtube :
Comments
Post a Comment