DATUK HAJAH SARAYA MEMUJI MALAYSIA KERANA MENGAMBIL PERANAN SEBAGAI PENERAJU DALAM MENYATUKAN DUNIA MELALUI ICWC '23 BAGI MENGHADAPI CABARAN PELANCONGAN KEBUDAYAAN GLOBAL & MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2023 - UDS Media Sdn. Bhd., dengan sokongan Kementerian

 Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan 

rumah kepada Persidangan dan Pameran Kebudayaan Dunia Antarabangsa 2023 (ICWC '23) 

yang pertama pada bulan September ini sebagai inisiatif untuk menyatukan budaya-budaya 

unik sedunia di bawah satu bumbung bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, sosial, 

alam sekitar dan gastronomi industri pelancongan global.

Majlis Pengembaraan & Pelancongan Dunia (WTTC) melaporkan pelancongan merupakan 
salah satu industri terbesar di dunia, melibatkan 10.3% atau 333 juta pekerjaan dan 10.3% 
atau USD 9.6 trillion Keluaran Dalam Negara Kasar global sebelum pandemik COVID-19. 
Sebelum itu, sektor pelancongan kebudayaan dan warisan menempuhi pelbagai cabaran, 
dan semakin meruncing selepas pandemik melanda. Oleh itu, UDS Media Sdn. Bhd. 
menganjurkan ICWC ‘23 bagi mengutarakan cabaran-cabaran yang dihadapi sedunia 
dalam mengekalkan dan memasarkan pelancongan kebudayaan secara lestari, 
di mana akan memanfaatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan alam sekitar negara.


Presiden ICWC, En. Azmi Mustapha berkata, “Pelancongan adalah penting dalam ekonomi 
yang mewujudkan pekerjaan dan peluang kepada semua negara, dan kebudayaan adalah 
salah satu faktor utama kepada pertumbuhan pelancongan. Penganjuran ICWC ‘23 
merupakan peluang untuk mempromosi kebudayaan di antara negara. Melalui acara ini, 
kita mampu membantu dalam meningkatkan kesedaran kebudayaan secara keseluruhan, 
sambil belajar, mendidik dan bertukar-tukar pengetahuan tentang budaya-budaya lain.

Sepanjang tempoh empat hari, ICWC ‘23 akan mengadakan Persidangan Antarabangsa 
dengan panel-panel bertaraf dunia bagi membincangkan hal-hal berkaitan mengekalkan 
dan mempromosikan warisan budaya - baik yang ketara dan tidak ketara, cara-cara untuk 
mencapai kesejahteraan ekonomi dan sosial sektor-sektor terlibat, penambahbaikan 
pengalaman para pelancong dengan promosi pelancongan berasaskan komuniti, pembangunan pelancongan lestari, dan banyak lagi. Selain itu, persidangan ini turut 
menampilkan  slot-slot untuk pembentangan khas di mana para delegasi berkongsi 
pengalaman  mereka dalam kerja-kerja kebudayaan & penyelidikan akademik, dan 
mempamerkan acara-acara dan projek kebudayaan yang akan datang kepada para 
penaja berpotensi bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Tambahan lagi, ICWC ‘23 turut melaksanakan perkara-perkara tersebut seperti dalam 
paparan Pameran Bertaraf Dunia. Pameran tersebut dijangka menerima lebih daripada 
10,000 orang pengunjung dari seluruh dunia yang bakal menikmati tawaran-tawaran 
kebudayaan yang terbaik daripada 50 buah negara melalui 280 buah pameran, 6 buah 
pavilion negara, 20 buah stesen urutan tradisional, 30 persembahan kebudayaan 
serta 4 buah pameran kebudayaan dan kesenian. Para pengunjung turut berpeluang
menikmati pelbagai juadah tradisional dari seluruh dunia. Dengan itu, ICWC ‘23 bukan 
sahaja mampu meraikan kepelbagaian dan mempromosi pertukaran budaya yang sihat, 
malah mempamerkan strategi-strategi mempromosi pelancongan kebudayaan yang 
efektif melalui pelbagai pameran yang direka secara teliti.


Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) 
YBhg. Datuk Saraya Arbi kata, “Di samping kepentingan budaya dan akademik, 
ICWC mempunyai potensi untuk memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia. 
Dengan menarik para hadirin antarabangsa dan mempromosikan perniagaan tempatan, 
acara ini akan membolehkan masyarakat tempatan mempamerkan warisan budaya 
mereka, menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi mereka. 
Dengan menganjurkan acara ini, Malaysia akan berpeluang untuk melibatkan diri
dengan masyarakat antarabangsa dan membina hubungan dengan pakar dan pihak 
berkepentingan dari seluruh dunia. Ini akan membantu meningkatkan profil Malaysia 
di pentas global dan menggalakkan pertukaran dan kerjasama silang budaya.

Majlis pelancaran yang diadakan di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 
hari ini menyaksikan penglibatan pesuruhjaya tinggi, konsulat dan kedutaan pelbagai 
negara seperti Argentina, Ukraine, Timor-Leste, Filipina, Namibia, Kenya, Brunei,
 Brazil, Maldives, Tajikistan, Iran, Eswatini, Lao, Romania, Senegal, Ghana, Azerbaijan, 
Maghribi, Lebanon, Kuwait, Qatar, Iraq, Russia, Peru dan Kesatuan Eropah. 
Kehadiran ketua-ketua dan wakil-wakil negara ini menunjukkan kebersamaan mereka 
di bawah inisiatif ICWC ‘23 memberi kebanggaan kepada para tetamu kerana 
menjadikan Malaysia peranan utama dalam menyatukan dunia melalui kebudayaan.

Presiden ICWC turut menyatakan kesyukuran beliau, berkata, “Saya berbangga melihat 
ramai duta, pesuruhjaya tinggi, kaunselor dan wakil dari seluruh dunia semasa palancaran 
ICWC ‘23 buat pertama kali. Sebagai negara yang dikenali dengan nilai-nilai kebudayaan 
dan tradisi, berserta keharmonian pelbagai kaum, saya percaya Malaysia meneraju acara 
seperti ini adalah tepat bagi menyatukan dunia mencapai matlamat yang sama.


Banyak tapak kebudayaan dan warisan menderita semasa pandemik COVID-19, dan 
kini merupakan peluang kepada kita untuk melakukan dengan segala kemampuan yang 
ada bagi mengekalkan tapak-tapak tersebut kepada generasi akan datang. Di ICWC ‘23, 
kami memandang ke hadapan untuk menjadi medium kepada semua negara mempamerkan 
keunikan budaya mereka dan memahami bagaimana untuk memanfaatkan pembangunan 
ekonomi melalui pelancongan kebudayaan tanpa menjejaskan nilai-nilai warisan,

ICWC ‘23 akan diadakan pada 7-10 September 2023 bertempat di Pusat Pameran dan 
Konvensyen MATRADE, disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya 
(MOTAC) dan Yayasan Hasanah, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, 
Industri Kreatif dan  Persembahan Seni Sarawak. Para penaja ICWC ‘23 adalah 
jenama-jenama tempatan seperti  Pops Malaysia, Life Sauces, Nixo Innovations
Sdn. Bhd., LWI BLUE dan Richiamo Coffee. Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Comments