Rakyat Sabah, Ucapkan Selamat Datang Buat Sang Legenda Ratu Jaz Malaysia Sheila Majid Big Band Live In Sabah Eksklusif Di Kota Kinabalu 12 Ogos 2023 Ini

Kota Kinabalu 17 Jun 2023  Konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur adalah

satu-satunya persembahan skala besar yang dijayakan oleh biduanita negara ini pada tahun

2023, telah memberi impak kepada penganjur untuk mengadakan ia di luar KL.

Ini kerana penganjur, Firm Horizon Sdn. Bhd. pada hari ini dengan bangganya 

mengumumkanSheila Majid Big Band Live In Sabah yang akan berlangsung di 

Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 12 Ogos 2023. 

Pengumuman tersebut dibuat pada sidang media Sheila Majid Big Band 

Live in Sabah yang bertempat di Hotel Hyatt Centric, Kota Kinabalu. 

Sidang media ini turut dihadiri penyanyi jaz legenda negara, Dato’ Sheila Majid.

Konsert ini juga dibawakan oleh AL Activators Sdn. Bhd. selaku penganjur bersama.

Ya, ini bukan sekadar omong kosong. Dato' Sheila Majid, ratu jaz negara bersama Big Band

akan membawakan konsert terbaik dengan suasana hangat di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 12 Ogos 2023.


Konsert ini yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah, kata

penganjur dibawakan ke Kota Kinabalu demi memberikan pengalaman berharga buat 

peminat Dato’ Sheila Majid di Sabah yang terlepas menyaksikan Konsert Sheila Majid 

Big Band Live In Kuala Lumpur di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur 

pada 18 Mac lalu. Menurut Pengarah Urusan Firm Horizon Sdn. Bhd., 

Encik Raymond Fang, “Setelah mengambil kira semua faktor dan jumlah peminat 

Dato’ Sheila Majid yang sangat banyak, kami di Firm Horizon Sdn. Bhd. 

dengan berbesar hati mengumumkan Konsert Sheila Majid Big Band yang

mendapat sambutan cukup hangat di Kuala Lumpur pada Mac lalu akan dibawakan secara

eksklusif kepada para peminat di Borneo, terutamanya di Kota Kinabalu.

“Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri ini berjaya

direalisasikan kerana kami memperoleh permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat 

yang terlepas menonton konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 

kerana tiket habis dijual dalam masa yang singkat.”


Firm Horizon Sdn. Bhd. juga mempunyai tujuan murni untuk menyalurkan sebahagian

 kutipan tiket kepada Yayasan Kebajikan Sabah untuk membantu usaha kebajikan 

organisasi itu. “Malah sebahagian keuntungan bersih hasil kutipan tiket akan 

disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah untuk membantu pihak yang memerlukan. 

Ini juga adalah inisiatif kami untuk memberi semula kepada masyarakat melalui bidang 

hiburan.” “Jadi buat peminat di Borneo atau di Kota Kinabalu mahupun di mana 

kalian berada, jangan terlepas peluang untuk menyaksikan Sheila Majid  Big Band Live di 

Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu pada 12 Ogos 2023.”

Dato’ Sheila Majid, 58, menunaikan janjinya apabila Sheila Majid Big Band Live In Kuala

Lumpur bukanlah satu-satunya konsert yang dianjurkan pada tahun ini, kerana beliau

 pernah mengatakan tidak akan menolak seandainya konsep yang sama dibawa 

keluar daripada Kuala Lumpur.


“Saya bersyukur kerana konsep persembahan Sheila Majid Big Band ini diterima peminat 

saat dijayakan di Kuala Lumpur pada Mac lalu sehingga menarik minat 

Firm Horizon Sdn. Bhd.  dan AL Activators Sdn. Bhd. 

untuk membawakannya ke Kota Kinabalu, 

buat para peminat saya di Borneo.”


“Apa lagi yang boleh saya katakan selain berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah

jemu mahu mendengar nyanyian saya dan menikmati karya-karya saya.”

“Tentu sekali akan ada repertoire lagu seperti Pengemis Muda dan Warna bersama lagu

lainnya yang menerima sentuhan baharu sesuai konsep Big Band yang dibawakan. Paling

penting, sebahagian kutipan tiket Sheila Majid Big Band Live In Sabah ini akan disalurkan

kepada Yayasan Kebajikan Sabah dalam usaha memberi semula kepada masyarakat,” ujar

Sheila Majid.


Sheila Majid Big Band Live In Sabah kelak akan menyaksikan Dato’ Sheila Majid diiringi oleh

17 pemuzik terdiri daripada pemain hon, pemuzik band, dan penyanyi latar yang diketuai oleh

satu-satunya meastro, Mac Chew.


Tiket akan mula dijual pada 16 Jun 2023 (Khamis) melalui laman sesawang 

smlkk.qtic.my


Harganya adalah : 

RM238 (Emas), 

RM388 (Platinum)

RM588 (Berlian)

RM738 (VIP)

Tiket VIP berpeluang memenangi sesi “meet & greet” dengan Dato’ Sheila Majid


Kunci tarikh 12 Ogos 2023 ini hanya untuk Sheila Majid Big Band Live In Sabah. Bah, sampai

jumpa di Kota Kinabalu, Sabah!

Comments