Rangkuman Filem Kau Pilih Siapa ? Lakonan Utama Usop Wilcha Pelawak Tersohor Tanahair





Filem :

Kau Pilih Siapa ?

 

Pengarah:

Dato’ Athy

 

Genre:

Lawak Komedi

 

Pelakon:

 Syed Mohamad Asri (Usop Wilcha), Avaa Vanja, Seramaymax, Anas Ridzuan, D'Boy Hamdan, Sathia, Bohari Ibrahim, Wei Tian TZ, Ema, Weera Audadi, Chillex 

 

Penerbit:

AT Movie

 

Saluran:

Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia

 

Tarikh Tayangan:

8 Jun 2023

 

Sinopsis:

Filem Kau Pilih Siapa ?  Ia merupakan filem berkonsep Lawak komedi ,

Ia berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha),

yang terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan.

Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya

Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.  Sebelum meninggal

dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon

Wakil Rakyat untuk menggantinya. Penduduk kampung meletakkan harapan

yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat.  Terdapat beberapa

konflik yang muncul apabila ia dicemburui oleh anak kandung Pak Kassim

iaitu Saiful. Sehinggalah pelbagai helah dirancang untuk menjatuhkan Pian C.


Ulasan :


Filem ini kini berada di pawagam bermula 8 Jun 2023. Mengikut apa yang disampaikan oleh Pengarah filem ini Dato Athy pada asalnya hajat beliau , ia mahu serahkan untuk pengarahan filem ini kepada Mamat Khalid . Namun ia tidak kesampaian kerana pengarah Mamat khalid berdepan dengan masalah kesihatan dan telah meninggal dunia. Beliau juga berasa terkilan dengan kehilangan Pengarah berkaliber seperti Mamat khalid dan tidak sempat untuk realisasikan impiannya untuk serahkan pengarahan filem ini. namun dato Athy tidak berputus asa dan bertemu dengan Saifullah untuk pembikinan Filem ini . Saifullah pernah menjadi Penolong Pengarah kepada Mamat Khalid . Dato Athy kemudian menyatakan hasrat supaya lebih baik beliau mengarah bersama dengan Saifullah supaya dapat menjayakan Filem ini . Saifullah bersetuju untuk mengarahkan filem ini bersama . Dato athy berasa gembira diatas kerjasama ini . Kerana beliau tahu Saifullah mempunyai kepakaran beliau tersendiri kerana sudah lama bersama dengan arwah Mamat Khalid. 


Didalam ulasan saya mengenai Filem Kau Pilih Siapa ? Selama saya menonton Filem ini sejam lebih, Ia mampu menghilangkan "Stress" anda Melalui jalan cerita yang santai dan mudah difahami. Disepanjang tayangan dipertontonkan anda tidak akan senang duduk di kerusi dan akan ketawa setiap kali melihat babak babak yang begitu kelakar dan menghiburkan. Saya beberapa kali ketawa melihat setiap adengan sampaikan tekak pun dah berasa sakit. Terlalu banyak ketawa membuktikan kualiti Filem ini. Saya juga melihat suasana sama juga seperti saya, Hapir yang duduk di kerusi dalam pawagam bersama turut ketawa. 


Apa yang saya boleh jelaskan anda perlu menonton Filem ini kerana ia bukan sahaja Filem berkonsep Komedi Santai tetapi ia banyak juga memberi pengajaran kepada kita tentang pentingnya hidup bermasyarakat dan saling bantu membantu.  Banyak lagi pengajaran lain antaranya jangan kita menjadi seperti "lalang" ,"Kondem" Orang , Sikap dengki , iri hati, sombong , bermegah megah. dan ada banyak lagi didalam filem ini "Messege" yang disampaikan . 


Filem ini berlatarkan sebuah hujung kampung yang jauh berada dari Kota. Sudah jadi kebiasaan kebanyakkan orang kampung jarang melihat kemajuan , memiliki kereta mewah dipertontonkan dalam Filem ini. Namun masyarakat yang ada di kampung ini tetap hidup gembira bersama setiap hari. Mereka juga gembira dengan kedatangan Pian C yang datang dari bandar sebelum ini . Pian C banyak membantu penduduk kampung Setempat . Lokasi pengambaran dikatakan dilakukan di sebuah Kampung Pertak di Perak. 


Dari segi Audio ada kekurangan ,Mungkin ia disebabkan Faktor Pawagam yang buat tayangan . Bunyinya terlalu kuat dan bising sedikit namun masih lagi boleh difahami. Mungkin kekurangan ini boleh diperbaiki sebelum ditayangkan dipawagam. Dari segi percakapan kebanyakkan adalah dialek orang kampung di Perak. Ia membuatkan beberapa kali saya tergelak mendengar dialek tersebut dengan gaya persembahan pelakon-pelakon . 


Tidak dinafikan pelakon-pelakon muka baru turut berperanan penting dalam Filem ini. Aksi lucu ditampilkan pelakon-pelakon yang baru dicungkil daripada orang kampung Pertak, Perak sendiri tidak mengecewakan. Kerana pelakon pelakon ini telah mahir dan biasa dengan suasana hidup disini. Memberi gambaran penting kehidupan masyarakat disini. 


Kesimpulan dari ulasan Filem Kau Pilih Siapa ? Saya berpendapat Filem ini amat menarik untuk ditonton . Bawa bersama keluaraga kawan-kawan anda pastinya ia tidak akan mengecewakan anda dengan aksi lucu dan gelak ketawa. Patisnya ia memberi pengalaman baru kepada anda untuk menonton filem ini, Ia semestinya setanding dengan Filem Komedi Mamat khalid sebelum ini , contohnya Hantu Kak Limah , Zombie Kampung Pisang dan lain lain. Pastinya Filem Kau Pilih Siapa ? adalah salah satu Filem Komedi  pada tahun ini yang berkesan menyebabkan gelak ketawa kepada saya. 

Jadi jangan lupa untuk saksikan Filem kau Pilih Siapa berada di Seluruh Pawagam berdekatan dengan tempat anda pada 8 Jun 2023 ini.




Rating 7/10 




Trailer Filem kau Pilih Siapa 












Comments