KONSERT ‘SABYAN LIVE IN MALAYSIA’ BAKAL DIADAKAN PADA OGOS INI DI MELAKA
KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 – Lewat ini, sering kedengaran alunan lagu-lagu berkonsepkan kerohanian yang tidak jemu didengar tatkala menghadiri majlis perkahwinan, rasmi mahupun majlis-majlis ilmu oleh kumpulan bernuansa Islamik, SABYAN, dianggotai 3 pemuzik berbakat dari negara seberang, Indonesia, mereka bakal turun ke Malaysia untuk mengadakan konsert ‘SABYAN LIVE IN MALAYSIA’ yang bertemakan ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ pada 26 Ogos 2023, jam 8:00 malam bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), dibawakan khas oleh pihak penganjur Paksi Jayamas Sdn. Bhd.
Bermula sebagai hanya sebuah kumpulan wedding singer dengan membawakan lagu-lagu bersesuaian dengan tema dan acara, mereka memanfaatkan media sosial untuk memperkenalkan Sabyan secara meluas sehingga diterima baik penggemar muzik berkonsepkan kerohanian.
“Secara tidak langsung, kami memutuskan untuk memperjuangkan genre Islamik kerana rata-rata penggemar muzik kami suka akan karya-karya ketuhanan yang kami bawakan,” jelas Nissa.
Kini, dengan berkembangnya muzik di dunia digital, semakin utuh mempertahankan lagu-lagu yang dibawakan mereka agar anak-anak kecil serta generasi muda lebih mengenal muzik bergenre Islamik.
Tambah Nissa, “Idea di sebalik konsert ini datangnya dari pihak penganjur sendiri yang mencadangkan lokasi luar dari Kuala Lumpur iaitu negeri bersejarah, Melaka, lantas kami menyetujuinya lagi pula difahamkan bahawa kerajaan negeri Melaka kini sedang giat mempromosikan ‘Tahun Melawat Melaka 2014’.
“Malam konsert itu nanti mengangkat tema istimewa ‘Alunan Puitis Cinta Ilahi’ yang dijangkakan memberikan suatu momen indah buat penonton yang bakal hadir ke konsert.
Comments
Post a Comment