Sempena ulangtahun ke-30 D'Tandoor :Kejayaan cemerlang meraikan bersama di Rumah Terbuka Terlajak Raya D'Tandoor
Kuala Lumpur 6 Jun 2023 Sempena Ulangtahun D'Tandoor . Kali ini D,Tandoor mengadakan acara terlajak Raya bersama para para terhormat dan pengamal Media di Restaurant Roti by D'tandoor, berdekatan Jalan Ampang .
Dengan kehadiran tetamu terhormat Timbalan Menteri Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan
(Timbalan Menteri Kewangan 1) dan YB Khairul Firdaus Akbar Khan(Timbalan
Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian ) telah memeriahkan lagi suasana Ulangtahun kali ke-30 D'Tandoor.
Pengasas D'Tandoor, Kol. Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malik
Abdullah memberi ucapan kepada tetamu yang hadir . Di dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan semua yang berbakti sentiasa menyokong perniagaan D’Tandoor sejak awal penubuhan hingga berjaya
membuka banyak cawangan D’Tandoor di seluruh dunia. Beliau juga adalah orang pertama membuka perniagaan franchise di Malaysia melalui Produk D'Tandoor. Beliau juga cukup berbangga
dengan segala pencapaian D’Tandoor dan bersyukur kepada Allah yang mengurniakan
rezeki dan nikmat ini. Disamping sokongan anaknya turut mewarisi usaha perniagaan beliau seingga hari ini.
Antara yang turut hadir dalam Sambutan bersama D'Tandoor ini adalah Dato Dr Mohammad Agus Yusoff Ketua Pengarah Jabatan
Komunikasi Komuniti,Tan Sri Datuk Dr Mohd Daud Bakar,Dato Mohd Aizuddin Ghazali
CEO Yayasan Prihatin Nasional ,ahli-ahli FMBA dan pihak pengamal media .
Timbalan Menteri Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan (Timbalan Menteri Kewangan 1) diberi penghormatan untuk memberi ucapan kepada tetamu yang hadir. Antara dalam ucapan beliau berasa bangga dengan usaha yang dilakukan D'Tandoor sehingga menjadi nama besar dalam franchise di Malaysia. D'Tandoor juga membantu dalam ekonomi Malaysia pada hari ini dengan memberi banyak peluang pekerjaan. Beliau beraharap D'Tandoor akan lebih maju dan berjaya pada masa hadapan.
Didalam acara seterusnya Pengasas D'Tandoor, Kol. Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malik Abdullah bersama Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan serta YB Khairul Firdaus Akbar Khan memberi hadiah penghargaan kepada 7 Pengurus cawangan D'Tandoor yang hadir dalam acara ini.
Akhir acara Para tetamu dijamu dengan pelbagai makanan yang lazat dari restoran D’Tandoor ini disamping para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik sambil menjamu pelbagai hidangan istimewa D’Tandoor.
Comments
Post a Comment