Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir
Kuala Lumpur 24 Julai 2022 Perubahan teknologi yang berlaku secara pesat memberi kesan kepada
kehidupan manusia. Tidak terkecuali antara bidang yang turut mendapat manfaat melalui
kemajuan ini adalah sistem pendidikan dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai akses
terhadap segala inovasi yang diperkenalkan, ternyata Malaysia juga tidak terkecuali bersaing
dalam menghasilkan lebih ramai pelajar yang dilengkapi dengan ilmu terbaik. Namun sejauh
mana, penggunaan teknologi ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar dan tenaga pengajar
di negara ini.
Malaysia (SPM), PTTI mengadakan wacana berjudul Halatuju
Sistem Pendidikan Dalam Talian
di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena meraikan
kecemerlangan 335 pelajar
pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021, baru-baru ini.
Berkongsi jawapan dalam sesi wacana yang dikendalikan
moderator Muhd Habibunajjar
Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar
yang cemerlang selain penggunaan
teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting
dalam memastikan cara
penyampaian yang lebih berkesan.
Bersetuju dengan kenyataan teknologi sebagai keperluan dalam sistem pendidikan kini,
namun menurut negarawan ini juga tidak semua boleh
diaplikasikan secara mendadak
kepada pelajar memandangkan perlu ada saringan dalam
membentuk karakter yang sesuai.
“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari
ada penemuan baharu. Menjadi
keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun
kita juga perlu pastikan
pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter.
“Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan,”katanya.
Melihat kemajuan yang diraih negara luar melalui sistem
pendidikan yang menggunakan
teknologi terkini. Malaysia juga tidak ketinggalan berada
pada landasan yang sama, namun
dalam mengoptimumkan kelebihan yang ada, bekas Perdana
Menteri itu yakin perlu ada
pembahagian kerja antara tenaga pengajar yang lebih efisien.
“Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika
guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh
kita buat adalah melalui bantuan
teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini
menyampaikan bahan pengajaran
secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini
mendapat peluang belajar dengan
guru yang sama.
“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan
membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke
atas guru kerana tidak semua
guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan
memberi impak kepada pelajar,”
jelasnya lagi.
Berkongsi mengenai ketegasanya dalam memastikan setiap anak-anak di negara ini
mendapatkan pendidikan ketika di era pemerintahannya nyata
membawa kepada perubahan
Malaysia kini.
Tambahnya antara yang menjadi fokus utamanya juga bagaimana pendidikan juga tidak boleh
disalurkan melalui cara yang sama memandangkan tahap
penerimaan murid berbeza
mengikut kemampuan.
Sementara itu, berkongsi pesanannya kepada semua pelajar di negara ini, Tun Dr Mahathir
Mohamad, berharap agar ibu bapa dan guru menjadi pendorong
utama kepada pelajar-
pelajar ini untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang demi
masa depan.
Menjadi amalan yang baik juga, jelasnya setiap pelajar ini harus mengulangkaji setiap
pelajaran itu secara berulang kali dalam memastikan ilmu itu
dapat difahami dengan lebih
baik.
Pada majlis sama, Tun Dr Mahathir turut melancarkan inisiatif Malaysia Bangkit Belajar yang
memfokuskan kepada pelajar tingkatan tiga hingga lima untuk
mendapatkan pembelajaran
secara percuma melalui pembelajaran dalam talian yang
dikendalikan oleh PTTI.
Inisiatif ini juga sebagai antara cara menyokong rakyat di
negara ini terutamanya pelajar yang
datang dari keluarga berstatus B40, yang mana PTTI
menyediakan pelbagai kemudahan
penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better
Result.
Pembelajaran percuma ini boleh diikuti di laman web www.ptti.my
Comments
Post a Comment