JELAJAH PENDIDIKAN JPKM PENUHI HASRAT ANAK-ANAK DAERA KUALA SELANGOR UNTUK KE MENARA GADING

 KUALA SELANGOR, 8 Julai 2022, - Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah

melancarkan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) Peringkat Parlimen Kuala

Selangor yang disempumakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin

Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia sambil disaksikan oleh Tan Sri Noh Bin

Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi di Dewan Dato' Penggawa

Permatang. Kuala Selangor, Selangor. Sebanyak 19 Institus Pendidikan Tinggi dan

Kemahiran Teknikal mengikuti JPKM 2022 pada kali ini. Penyerahan Surat Tawaran

Kemasukan ke Menara Gading dan sumbangan Bantuan Tunai Awal Pengajian

sumbangan Yayasan Petronas serta Bantuan Cermin Mata Percuma sumbangan

Yayasan Hasanah kepada anak-anak Kuala Selangor dan Tanjung Karang yang layak

turut diadakan.



JPKM 2022 ini merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam membuka

peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama

penduduk di kawasan pedalaman ataupun luar bandar. Sekretariat JPKM akan

menjelajah ke seluruh negara bagi Mencani, Mengenal dan Membantu sasaran seramai

50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016 2021 yang merupakan anak-anak Keluarga

Malaysia yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di

seluruh negara.




YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

Malaysia dalam kenyataannya berkata, "Atas kepentingan penganjuran Jelajah

Pendidikan Keluarga Malaysia ini, kita sebagai keluarga di kawasan Kuala Selangor

harus sama-sama memanfaatkan pelaksanaan program ini untuk mengangkatnya ke

tahap yang lebih tingggi demi masa depan anak-anak. Jelajah Pendidikan sebelum ini

telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan

masyarakat terutamanya ibu bapa serta pelajar yang tercicir dan kurang bernasib baik.

Dengan adanya siri jelajah ini, insan berilmu dan berkemahiran dapat dilahirkan sekaligus membantu

 kepada pembangunan modal insan."








Menurut Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Bin Haji Omar,

"Melalui penganjuran Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia Parlimen Tanjung Karang,

seramai 428 pelajar lepasan SPM dan STPM telah diberi peluang untuk menerima

tawaran dai pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi dan seramai 120 pelajar yang layak

diberi bantuan  Awal Pengajian Sumbangan Yavasan Petronas dan Bantuan Cermin Mata

Percuna Sumbangan Yayasan Hasanah. Secara keseluruhannya, Jelajah Pendidikan

Keluarga malaysia ini telah memberi sumbangan yang besar kepada rakyat Malaysia

khususnya bagi golongan pelajar tercicir dan kurang berkemampuan untuk diberi peluang

kedua melanjutkan pengajian ke peringat pendidikan tinggi", ujar beliau.








Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Datuk

Aizuddin Ghazali berkata, "Alhamdulillah, ramai yang telah dibantu menerusi sumbangan

yang diberi. Kepada Rakan-Rakan Strategik Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia

melibatkan Universiti Awam, Institusi Pendidikan dan Kemahiran Teknikal yang sentiasa

bersama sekretariat memerlukan jelajah, terima kasih untuk setiap pengorbanan masa,

keringat dan tenaga bagi memastikan anak bangsa terus merndapat tempat di Menara

Gading."














PRIHATIN melihat JPKM yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri ini akan

memberikan manfaat dengan menyediakan peluang kedua bagi anak-anak Keluarga

Malaysia dalam mendapatkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih supaya

mereka dapat mengubah destinasi masa hadapan yang lebih cemerlang. Terdapat beberapa 

 pelajar telah mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di IPT telah selesai disampaikan.




Turut hadir Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Pengerusi

Jawatankuasa Induk JPKM), Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi&

Antarabangsa PRIHATIN) Puan Shariah Nelly Francis (Ketua Pegawai Eksekutif

Yayasan Petronas), Encik Mohd Alias Bin Awang (Ketua Penolong Pengarah Kanan

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor) dan Tuan Haji Mohd Azuan Bin Mohd Nawawi

(Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuala Selangor). Yang turut hadir dalam Perasmian Jelajajah 

 Pendidikan ini. Terdapat pelbagai "Both both" Ada dipamerkan disini. 











Comments