FILEM : ( MUSYRIK ) JANGAN PERCAYA KEPADA BENDA KHURAFAT DAN MENYEKUTUKAN ALLAH

 

FILEM Musyrik dimana filem ini banyak memberi pengajaran dan tunjuk ajar kepada manusia supaya dapat menilai sendiri mana kebaikan dan keburukkan disamping memperlihatkan nafsu manusia yang tidak puas mengejar harta dunia dan duit semata mata sehingga sanggup mengorbankan keluarga tersayang. 


Musyrik – Api Neraka Menantimu!, arahan Arjin Uppal juga tidak terkecuali. Ia sebuah filem yang ada baik dan buruk, kekuatan dan kelemahan. Cuma, jika ada keburukan, itu tidak sehingga memburukkan keseluruhannya. Dengan manusia sanggup meminta bantuan Iblis dan Syaitan untuk memuaskan nafsu mereka mendapatkan apa yang diinginkan.



Apa yang menarik minat saya mengenai Filem ini Ia mempunyai identiti tersendiri dimana Konsep penggunaan CGI yang berkesan untuk Filem seram ini. Apa yang utama ialah tentang pengajaran Agama yang sekarang ini sudah ramai yang melupakannya . Ia amat berkesan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya ilmu agama . Supaya ia tidak akan ditinggalakan jika kita sudah berkeluarga. Ia mempertlihatkan keberanian Pengarah dimana masih ada yang mahu menerbitkan konsep Filem sebegini pada hari ini. 


Meskipun membawa persoalan berat dalam filem ini, iaitu menyengutukan Allah SWT, Ia adalah dosa besar tidak terampun, tetapi penerbitnya begitu yakin melangkah dengan menampilkan para pelakon popular di televisyen, untuk cuba beraksi di pawagan pula. Boleh dikatakan masih berpuashati dengan watak yang dibawakan tetapi ada juga yang kurang watak yang dibawakan sehingga ia menjadi bahan ketawa tetapi saya masih berpuashati kerana jalan cerita boleh difahami. 


Pada ketika ini Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan sedang mendapat sambutan sangat luar biasa di pawagam. Sehingga penerbit terpaksa menanguhkan dulu Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! ke tarikh yang sesuai. 7.7.2022. Walaupun ia masih dekat dengan Tayangan Mat Kilau yang masih dipawagan . Ia sesuatu yang terpuji dengan keberanian penerbit untuk dtayangkan ia patut disokong.

Sekalilagi Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu!akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula pada 7 Julai 2022. Treler rasminya anda boleh melihatnya menerusi saluran YouTube WhiteMerpatiMovies bermula 15 Jun 2022 yang lalu. Jadi datanglah segera ia mungkin akan memberi pengalaman yang baru suasana Filem seram yang menarik patut anda lihat. 


Selepas anda menonton Filem  Mat Kilau dengan semangat perjuangannya , para peminat filem Melayu wajar juga menyokong filem seperti ini dimana kita harus tahu mempelajari pelakuan syirik yang ada ditujukkan dalam Filem ini . Walaupun judul filem ini agak sakarstik, tetapi mesej atau pesanannya sangat berguna kepada masyarakat pada hari ini supaya jangan kita menyengutukan atau menduakan Allah! 



Filem  Musyrik – Api Neraka Menantimu!, yang diterbitkan oleh S Baldev, bahawa filem beliau mempunyai kekuatan daripada segi mesej yang mahu disampaikan kepada penonton ia amat penting untuk anda saksikan.

Tegas Baldev Mesej yang ingin disampaikan adalah supaya kita dapat membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan supaya kita dapat memilih sendiri jalan yang baik dan tidak terjerumus di jalan yang salah kerana api neraka akan menantimu penegasan tajuk yang disampaikan dalam filem ini amat kuat. 

Baldev memberitahu pihak produksinya dimana beliau telah  melakukan kajian yang banyak dan mendalam, termasuk bertemu dengan ahli agama sebagai panduan. Supaya Filem yang ingin disampaikan Selari dengan Akidah dan tidak bercanggah dari agama islam. Beliau mahukan Filem beliau tidak akan berlaku Kontroversi jika ia dikaji dengan mendalam serta yang penting ada rujukkan guru agama islam. 


Untuk Kutipan Filem ini Baldev menyerahkan kepada pernonton sendiri yang hadir dan menilainya. 

Baldev juga ,menyarankan “Tanpa mengira agama dan bangsa, Filem  Musyrik – Api Neraka Menantimu! Ia boleh ditonton oleh semua golongan masyarakat,” 


Filem Musyrik bercorak seram terbitan Real Reel Pictures Sdn Bhd ini menampilkan bintang drama televisyen seperti Aeril Zafrel, Ashraf Muslim, dan Ruhainies sebagai watak utama.

Walaupun mereka dari bintang drama televisyen ia tidak  menghalang watak lakonan mereka daripada beraksi baik di layar lebar filem ini dengan adengan aksi dan perbualan yang berkesan telah menghidupkan jalan cerita dalam filem ini. 


Antara Lakonan Aeril ia pernah membintangi filem Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-Kura dan 7 Petala Cinta (2010), Hanya Aku Cinta Kau Seorang dan Budak Pailang (2012), 99 Kali Rindu (2013), CCTV (2015), 7ujuh (2018), Geran dan KL Vampires (2019), dan Sabda Kekasih (2021). Jadi, pengalamannya agak luas manpu beraksi baik dalam filem ini. 


Ashraf pula perna beraksi dalam Aku Masih Dara (2010), Bukan Malaikat Cinta (2018), XX Ray III(2019), Ada Apa Dengan Dosa (2020), dan Frontliner (2021).


Sementara Ruhainies pernah berlakon dalam filem, Seandainya Kau Ada, arahan Chad Rahman dan Fadzil Teh pada 2021.


Selain Aeril, Ashraf dan Ruhainies, Musyrik – Api Neraka Menantimu! turut dibintangi pelakon drama televisyen, Aishah Ilias, Neera Azizi dan Arwan Umar, serta pelakon kanak-kanak, Qaseh Shuhada.

Watak watak pelakon dalam filem ini amat berkesan anda boleh menilainya sendiri nanti selepas menontonnya. Ia memberi kepuasan juga bila dalam certianya mudah untuk difahami yang poenting pengajaran yang disampaikan dalam filem ini amat bermakna dengan cara lakonan mereka. 


Sinopsis Filem 

Ariel, lelaki yang mudah panas baran, terutama sekali apabila perniagaannya ditimpa masalah yang berpunca daripada orang kepercayaannya sendiri. Ketika itu beliau banyak melakukan kegiatan yang melanggar undang undang untuk mendapatkan cepat hasil kekayaan. Sehingga beliau lupa kawan sendiri yang belot kepadanya kerana tidak puas dengan hasil gaji yang diberikan itu. 

Rumah tangga Ariel juga mula porak-peranda sehingga membuat dia bertindak di luar kawalan apabila ada sesuatu yang mendampinginya. Masalah yang mendatangi Ariel ada kaitan tentang kisah silam hidupnya mengamalkan perbuatan syirik. Dimana rumahnya diperlihatkan terdapat pelbagai makhluk halus suka menghuni dirumanya. Suasana amat seram menyelebungi keseluruhan rumahnya. 

Ariel menghadapi masalah dengan teman wanitanya, Sabrina (Neera) yang kemudian berdendam kerana dia mengahwini Wati (Aishah). Ketika Aeril menghadapi masalah ia tiba tiba seperti dirasuk dan bertindak kasar terhadap anaknya, Puteri (Qaseh).


Kerana diperlihatkan masalah yang diselubunginya serta dirasuk oleh makhluk halus , Ariel akhirnya dalam tidak sedar membunuh Wati. Anaknya Puteri yang kesepian dan kehairanan ibunya hilang tiba-tiba, dijaga oleh Farah (Ruhainies), iaitu adik Ariel yang datang kerumahnya untuk bertemu kakanya serta puteri. 

Terdapat juga adengan Puteri bercakap seorang diri setiap hari di kawasan rumahnya serta menyanyikan beberapa lagu yang menyebabkan suasana menjadi amat seram . Sebenarnya Puteri bercakap dengan roh ibunya yang tidak mahu pergi dari diri puteri dimana sentiasa menemaninya setiap hari. Diperlihatkan juga Suara dan kelibat Roh Wati serta puteri akan selalu muncul dihadapan Farah menyebabkan penonton akan berasa terkejut.


Pelbagai adengan pertarungan berlaku antara Ustaz dengan Iblis diperlihatkan . Dengan beberapa ayat dan kalimah serta kekuatan iman . Ustaz Akasyah ( Aysraf ) beliau telah berjaya menewaskan Iblis yang megangunya . 

Akirnya Ustaz Akasyah (Ashraf) berjaya menyelamatkan Puteri yang turut mengalami gangguan iblis , tetapi dia menjadi anak yatim piatu kerana ayahnya Ariel turut meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya disebabkan rasukkan yang berlaku. 

Untuk melihat lebih lanjut Filem ini anda harus menontonya sendiri dipawagan dan dapat melihat sendiri adengan yang terbaik untuk anda nilaikan sendiri. Mungkin anda akan berpuas hati dan sebaliknya. Bagi saya Filem ini saya boleh berikan 7/10 daripada apa yang dilihat. 


SAKSIKAN TRAILER





















Comments