MUZIKAL MOYANG SALLEH
5 Julai 2022 Matic, Kuala Lumpur : Setelah Filem Mat Kilau menjadi Fenomena di
Pawagam Malaysia . Ia Merupakan Filem yang mengetengahkan pahlawan
dan pejuang dalam sejarah Tanah Melayu untuk menentang penjajah telah berjaya menarik ramai
peminat pengunjung untuk melihatnya , Kini diharapkan Muzikal Moyang Salleh juga dapat
limpahanya dari kebangkitan dan keterujaan rakyat Malaysia terhadap cerita yang berlandaskan
kepada epik sejarah, kepahlawanan dan perjuangan.
Pementasan muzikal berdasarkan lagenda figura seorang
pemimpin
Melayu yang bernama Moyang Salleh dari daerah Jelebu yang
mengisahkan tentang perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya
masyarakat Melayu Negeri Sembilan.
Muzikal Moyang Selleh yang akan dipentaskam di Istana Budaya
pada 26 hingga 31 Ogos ini akan menampilkan kelainan dari
segi seni
persembahan dan teknikal serta keunikan yang tersendiri
apabila
menggunakan sepenuhnya dialek atau loghat Negeri Sembilan
sebagai Bahasa petuturan.
membuatkan penonton terpesona untuk Melihat Persembahan Moyang Salleh dimana ia boleh
berjalan di atas air dan boleh berada di tempat-tempat
berbeza
dengan sekelip mata. Melalui kaedah Pelakon akan beraksi digantung dan diterbangkan di atas pentas nanti.
Teater ini diterbitkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan
kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu dan
dinaungi
oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
(MOTAC)
Teater ini akan menampilkan lebih 150 tenaga produksi termasuk pelakon,
penari, pemuzik dan tenaga produksi.
Muzikal Moyang Salleh akan menampilkan lebih 16 buah lagu yang
dicipta dan digubah beserta dialog yang pasti akan mmbuatkan
pelakon terhibur dengan irama, tarian dan lakonan yang hebat
dengan menampilkan pelakon lagenda tanah air, Dato' Ahmad
Tamini Serigar sebagai Moyang Salleh, Khir Rahman sebagai
Sultan
Abdul Jalil Muazam Shah, Along Eyzendy sebagai Si Amat,
Eliza
Mustapa sebagai Moyang Timah dan Hairi Safwan sebagai Dato
Bendahara serta Pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di
Motion Horse International Filem Festival (MHIFF), Mubarak
Majid
memegang watak sebagai Datuk Temenggung.
Selain itu, gandingan teater ini diperkemaskan lagi dengan
menampilkan muka baru dalam persembahan ini. Antaranya
Melisa
Kelvin sebagai Seri Banun dan Nen Tebabo dari Radio Negeri
Sembilan.
Untuk makluman, Muzikal Moyang Salleh adalah teater muzikal
yang pertama dipentaskan di Istana Budaya sejak bermulanya
Kawalan PKP dalam Malaysia pada tahun sebelum ini.
Menurut Penerbit Muzikal Moyang Salleh, Puan Hajjah Salbiah
Zahari, beliau sentiasa mendoakan kejayaan dan impak yang
baik
melalui teater ini kepada masyarakat dan dapat memberi
manfaat
kepada mereka. Beliau menyatakan produksi menyediakan
diskaun
hebat yang jarang di berikan oleh produksi lain antara 10 %
hingga
20% untuk pembelian awal, mulai 24 Jun hingga 31 Julai 2022.
Manakala bagi pembelian tiket secara pukal 10 tiket ke atas,
diskaun
10% akan diberi. Manakala pelajar dan warga emas pula akan
diberi
discount 5% dari harga asal. Di samping itu tiket berharga
dari RM49
hingga RM299 namun tiket berharga RM79 ke atas akan diberi
lain-
lain cenderahati iringan secara percuma mengikut kategorinya
seperti poster, buku cenderahati termasuk skrip Muzikal
Moyang
Salleh, T-Shirt, meet and greet dan supper bersama pelakon.
Muzikal Moyang Salleh ini dipentaskan sempena dengan bulan
kemerdekaan kita ke-65 pada tahun ini dengan tema 'Keluarga
Malaysia Teguh Bersama'. Jadi kami berharap agar masyarakat
Keluarga Malaysia jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk
mendapatkan tiket bagi menonton Muzikal Moyang Salleh.
Untuk Tempahan Tiket anda boleh ke website :
ilassoticket.com.
Serta Boleh Hubungi :
012-275 5981(Urusetia),
014-636 4636(Suhairi),
017-375 2739 (Adibah)
017-644 6120 (Firdaus)
Anda juga bolehikuti informasi dan aktiviti terkini di
Facebook page : Muzikal Moyang Salleh.
Comments
Post a Comment