Konsert Dewa 19 Bakal Mengegar di Kuala Lumpur Malaysia
KUALA LUMPUR- Dewa 19 kembali ke Malaysia, Untuk kali ini konsert band terkenal dari Indonesia ini akan menampilkan Ahmad Dhani setelah konsert sebelum ini diadakan tanpa kelibat beliau. Dimana Peminat di Malaysia telah lama rindukan konsert Dewa 19 ini. Dimana lagu lagu Dewa 19 sangat terkenal di Malaysia pada awal milenia Ia telah menggamit banyak kenangan lagu lagu ini terdahulu.
10 September 2022 di Axiata Arena, Kuala Lumpur .Pastikan anda kosongkan tarikh ini untuk menghadiri konsert yang cukup bersejarah ini
Dalam rangka “Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 “ Dewa 19 telah mengadakan siri jelajah di pelbagai lokasi di Indonesia dan Kuala Lumpur,Malaysia cukup bertuah kerana menjadi pilihan Dewa 19 juga untuk konsert sempena ulang tahun ke-30 penubuhan mereka ini.
‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun
cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.
Ahmad Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut Dewa 19
akan menampilkan sesuatu yang cukup istimewa buat para peminat Dewa 19.
Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang
ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan
perjuangan vokal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang
terkini, Ello.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk merayakan 30 tahun Dewa 19 dengan 30 lagu yang akan menenggelamkan anda dalam nostalgia silam pada tanggal 10 September 2022 ini.
Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi.
Pastikan temujanji anda bersama "Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19" dengan pembelian tiket bermula jam 11 pagi, 18 Julai 2022 di laman tiket rasmi:
Harga tiket adalah mengikut kategori lagu yang mana?
Inilah masa anda berpeluang menyaksikan konsert Dewa 19 ini
Laskar Cinta (standing)
Full price: RM288
Roman Picisan (level 3)
Arjuna (level 3)
Comments
Post a Comment