PTTI Memberi Penghargaan Kepada 335 pelajar yang terkesan disebabkan PKP Wabak Covid- 19 Cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2021


Kuala Lumpur 24 Julai 2022, PTTI memberi penghargaan kepada 335 pelajar Cemerlang SPM 2021, Masa itu mereka terpaksa menghadapi situasi PKP sebelum mendapat markah cemerlang peperiksaan SPM 2021 yang sangat mencabar. 


Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia

 (SPM), PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar

 untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik.

Malah selepas enam tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan pusat

 ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa

 depan.

 

Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh

 negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha

 PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara itu. Hadiah

 penghargaan telah disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad .



Turut sama dalam acara ini adala penyanyi terkenal Iman Troye yang banyak memberi Motivasi kepada

 para pelajar dan tetamu yang hadir dengan tip tip yang berguna oleh  beliau begitu meriah. 

Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada

2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus. Sementara itu, seramai 383

pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak

143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar

pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus.


Menghargai sokongan berterusan yang diberikan, PTTI turut meraikan kecemerlangan 335

pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.


Dalam majlis yang sama, pelajar dan tetamu juga turut berpeluang menyertai Wacana

Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli

panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Sesi wacana itu dikendalikan oleh moderator, Muhd Habibunajjar Sazali.

Melalui sesi ini, hadirin berpeluang mendapatkan pelbagai informasi mengenai sistem

pendidikan negara sekaligus pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai usaha dalam

mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.


Melihat ini sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar pelajar ini, menurut Ketua

Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana,

anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan

yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.


“Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategori

pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.


“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga,

Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya

meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di

atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan

pelajar-pelajar ini.


Antara pelajar pelajar cemerlang yang terpilih dalam acara ini bergambar bersama dengan 

Datuk Seri Dr Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia dua kali . 

“Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari

pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain

di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua,” katanya.


Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di

PTTI, sehingga kini pusat ini tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah

berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring

dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.



Turut Sama Moderator menanyakan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohammad 


“Seiring dengan peredaran zaman tenaga pengajar PTTI juga turut dilengkapi dengan

pengetahuan dalam penggunaan teknologi pendidikan. Sebagai pusat pendidikan, menjadi

tugas kami sebagai guru khususnya lebih peka dengan kehendak pelajar.

“Fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian ilmu ini dilakukan secara efektif selain

mahu membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti di negara

Jepun, Korea dan China,” katanya.


Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI

kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara

menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40,

PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi

PTTI Better Result.


“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat

bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi

PTTI Better Result. Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM

Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan

tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI.



“Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong

PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program

Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik,” katanya.



MK K-Clique antara artis yang turut sama bersama untuk memeriahkan suasana acara yang diadakan .







Comments