Lawatan Menteri Kanan Kemboja Ke Pejabat Angkasa Malaysia
KELANA JAYA : Menteri Kanan Kemboja membuat lawatan khusus ke pejabat Angkasa sebagai kunjungan hormat serta perbincangan mengenai Masalah Kenaikan harga bahan Mentah dalam pasaran dunia Hari ini. Ia adalah perbincangan 2 negara Malaysia dan Kemboja untuk mengatasi masalah terkini. Serta negara Kemboja mempelajari konsep cara sistem Koperasi di Malaysia diuruskan untuk mewujudkan sistem koperasi yang sistematik disana.
Disamping itu , Malaysia boleh mengambil contoh negara jiran, Kemboja sebagai model negara pertanian bagi mengatasi bekalan makanan dan mengurangkan kebergantungan bekalan import makanan dengan negara asing.
Ini kerana Kemboja merupakan pengeluar utama hasil Jagung di Asia Tenggara. Disana Jagung ditanam secara meluas sebagai sumber Ekonomi Utama Negara Kemboja. Harga Jagung juga berada dalam kadar Harga lebih Murah berbanding pengambilan Jagung dari negara lain. Di Kemboja juga adalah antara negara yang mempunyai kualiti jagung yang tinggi. Ia sesuai untuk Malaysia mengimport Jagung Mentah dari Kemboja untuk dibawa ke Malaysia.
Isu kali ini adalah mengenai Harga Ayam yang dikatakan akan naik tinggi pada hari ni di Malaysia. Kenaikkan harga Ayam yang berlaku ini dikatakan oleh pengusaha ternakkan Ayam. Mereka mengatakan sukar untuk mendapatkan Bahan Mentah seperti makanan Ayam . Dimana permintaan tinggi serta pengeluaran kurang telah menyebabkan Makanan untuk Ayam meningkat tinggi.
Sumber utama makanan Ayam adalah daripada hasi jagung tersebut. Dengan insisatif inilah Malaysia mengambil jalan untuk bekerjasama dengan negara kemboja. Malaysia juga boleh membantu Kemboja dari segi penubuhan koperasi yg lebih sistematik disana. Kerjasama ini amat penting bagi memupuk semangat negara ASEAN untuk menyelesaikan beberapa masalah yang penting.
Semoga dengan hasil perbincangan ini dapat mengurangkan Kos Bekalan Makanan dalam negara dan dapat menurunkan kembali Harga Ayam dalam pasaran negara.
Terdahulu, Othsman mengadakan kunjung hormat ke Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) Malaysia yang diwakili Presidennya,
Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, di Wisma Ungku A Aziz, Kelana Jaya, di
sini.
Comments
Post a Comment