Kayuhan Bertenaga Keluarga Malaysia Santuni Warga Lembah Pantai .

 Pantai Dalam , Kuala lumpur 24 Julai 2022 ,Kayuhan bebasikal yang diadakan di Taman Ecopark tadi telah memberi impak maksima buat warga lembah pantai . Melalui perubahan gaya hidup drastik boleh dilihat sejak kelonggaran penguatkuasaan terhadap aktiviti riadah dan sosial masyarakat selepas pandemik.



Kesedaran orang ramai untuk mendapat kesihatan tubuh badan meningkat kerana mereka tahu jika imunisasi lemah akan mudah jatuh sakit, sekaligus membantutkan usaha mencari rezeki.


Atas inisiatif itu, Yayasan Generasi Malaysia menganjurkan Kayuhan Mesra Keluarga Malaysia dengan penyertaan lebih 500 orang yang baru diadakan disini.


Menurut Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani, aktiviti  berbasikal lebih baik diadakan sebagai acara tetap seminggu sekali. Supaya aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan masyarakat. 


“Dengan bantuan daripada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perkara ini boleh dijadikan aktiviti tetap.

“Saya adalah bekas atlet, pemain bola sepak negara dan Pengerusi Majlis Sukan Wilayah, SUKMA Kuala Lumpur saya alu-alukan aktiviti berbasikal ini selain itu juga pelbagai lagi acara sukan lain boleh diadakan seperti Larian Marathon  dan Bolasepak serta lain lain. 


“Walaupun berumur, masih kekal sihat dengan bersenam, berbasikal, berjalan kaki semua ini menyumbang kepada gaya hidup sihat,” katanya pada sidang media selepas flag off Kayuhan Mesra Keluarga Malaysia Ekopark@Lembah Pantai di sini pada Ahad.

 Flagoff disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium, Narendran Maniam dan Penaung Yayasan Generasi Malaysia Datuk Tengku Zuhri Tengku Abdul Aziz.

 

Selain warga Lembah Pantai, penyertaan turut membabitkan komuniti berbasikal luar Kuala Lumpur dan Orang Kurang Upaya.

Dalam pada itu, Ramlan yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas II Menteri Wilayah Persekutuan turut menasihatkan orang ramai agar menjaga dan memelihara pusat riadah dengan baik supaya ia dapat digunakan oleh semua pihak dan bermanfaat . 

 

“DBKL perlu menjaga dan pantau kawasan yang diwartakan sebagai tempat sukan supaya ia tiada kerosakkan vandalisme. 

 

“Tiada makna jika ada fasiliti tetapi tidak dimanfaat oleh komuniti setempat, kena ada kerjasama Kementerian Belia Sukan bagi galakkan rakyat bersukan,” katanya. Terdapat juga para penaja dalam avara ini bersama untuk menjayakannya antaranya Peralatan Sukan Terkemuka Decathlon . 



Comments