Malaysia bakal anjurkan Pembangunan Pertandingan Bola Keranjang U23 yang dikenali sebagai ( Malaysia D-League )
Kuala Lumpur 21 Julai 2022 , Malaysia Bakal menganjurkan satu acara Pertandingan Bola Keranjang yang menarik. Dimana Ia akan melibatkan penyertaan beberapa buat Kelab Terkenal dari 4 negara berbeza Iaitu Malaysia , Brunei, Singapore, Indonesia . Pasukan yang menyertai pertandingan kali ini kesemuanya harus meletakkan pemain berumur 23 tahun dan kebawah . Ia akan diadakan pada 30 Julai 2022 sehingga 21 Ogos 2022.
Antara penaja penaja dan pengurus pasukan yang bakal memeriahkan suasana pertandingan kali ini. Kali ini Ia akan diadakan di Stadium MABA Kuala Lumpur. Kemungkinan akan ada liputan khas pertandingan ini di televisyen .
Pertandingan kali ini akan melibatkan beberapa pemain Asing. Mungkin dalam 3 pemain Asing akan ditetapkan didalam setiap perlawanan sahaja.
Hadiah Pertandingan kali ini berjumlah RM 56,500 keseluruhan . Ini bagi menggalakkan semangat motivasi setiap pemain untuk bersaing didalam pertandingan ini. Hadiah utama untuk pemenang Juara adalah RM 15,000 kepada Pasukan kategori lelaki manakala Juara Pasukan kategori wanita RM 10,000 Naib Juara lelaki RM 10,000 manakala wanita RM 5,000. Untuk tempat ketiga Lelaki RM 5,000 manakala wanita RM 2,500 . Hadiah hadiah lain RM1,000 untuk pemain MVP Terbaik Akhir dan kejohanan lelaki dan wanita. Hadiah Penjaring terbanyak, "Top Rebounder, Top Assist, Top Steal, Top Block" lelaki dan wanita masing masing akan merndapat RM 500.
Format Pertandingan Liga Bola Keranjang Lelaki akan dibahagi kepada 2 Kumpulan . Ini adalah hasil selepas undian dilakukan Kumpulan A akan ada 8 pasukan terbaik terdiri dar BBM CLS Knight ( Indonesia ) , Penang Stallions, Selangor XX, Roosters, Flyer Spirit, NS Matrix, Gostrong, KL Aseel . Manakala Kumpulan B terdiri dari Pasukan Pengasus (Brunei) , Sunrise Youngsters, Selangor XXIII, Singapore Androit, Johor Tiger, Speed Hunters, MBC . Untuk peringkat seterusnya 4 Pasukan teratas setiap kumpulan dengan 6 Pauskan akan berlawan dalam play off . untuk menentukan kejuaraan.
Format Pertandingan Liga Bola Keranjang Wanita terdiri dari 4 pasukan yang akan bertanding . Mereka akan bermain secara Liga. 3 Pasukan Teratas Liga akan lawan di peringkat seterunya . Dimana Tempat kedua dan ketiga akan lawan secara play off . Pemenang akan lawan dengan Juara .
untuk Tiket perlawanan hanya RM 10 sahaja.
Dengan adanya liga ini ia mampu untuk meningkatkan prestasi pemain muda Bola Keranjang negara bila diketengahkan dengan banyak perlawanan yang berkualiti tinggi seperti ini.
Comments
Post a Comment