PKMM WP Bersatu Desak Kerajaan Bertindak Tegas Banteras Kartel Pembinaan, Selamatkan Kontraktor Tempatan

  Kuala Lumpur 8 Jun 2026 , Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan (PKMM WP) menggesa kerajaan mengambil ndakan tegas dan segera terhadap sebarang amalan kartel, pakatan bidaan, monopoli, penyalahgunaan kuasa serta persaingan dak sihat yang semakin membebankan industri pembinaan negara.

PKMM WP berpandangan bahawa sekiranya amalan sedemikian dak dibendung, ia bukan sahaja menjejaskan peluang kontraktor tempatan memperoleh projek secara adil, malah boleh melemahkan keseluruhan ekosistem industri pembinaan negara. 

PKMM WP turut melahirkan kebimbangan terhadap trend  penawaran tender kepada kontraktor di bawah penyalahan penggunaan kuasa. Amalan ini berisiko menghakis keuntungan kontraktor, menjejaskan kuali pembinaan, mengganggu aliran tunai syarikat, memberi tekanan kepada pekerja serta akhirnya menjejaskan kepenngan rakyat dan negara. 


PKMM WP menegaskan bahawa persaingan harga merupakan sebahagian daripada proses tender yang sihat. Namun, sekiranya terdapat unsur pakatan bidaan, manipulasi pasaran atau penyalahgunaan kuasa yang melanggar undang-undang, perkara tersebut hendaklah disiasat secara telus, bebas dan menyeluruh oleh pihak berkuasa. 


Pihak Kontraktor PKMM WP dak meminta layanan ismewa. Kami hanya mahukan sistem perolehan yang telus, adil dan bebas daripada sebarang unsur kartel atau campur tangan yang menjejaskan persaingan. Projek kerajaan adalah amanah kepada rakyat dan mes diberikan kepada pihak yang benar-benar layak berdasarkan keupayaan, prestasi dan nilai terbaik. 


Sehubungan itu, PKMM WP menggesa kerajaan supaya: 

1) Memperkukuh integri dan pemantauan dalam semua proses tender kerajaan serta swasta. 

2) Menyiasat seap aduan berkaitan pakatan bidaan, kartel dan amalan dak sihat mengikut undang-undang. 

3) Meningkatkan ketelusan dalam proses penilaian tender serta membanteras penyalahgunaan kuasa. 

4) Memberi peluang yang adil kepada kontraktor berdasarkan keupayaan teknikal, prestasi dan rekod kerja, bukan semata-mata berdasarkan harga terendah. 

5) Memperluaskan pelaksanaan kerja-kerja undi kepada  kontraktor kategori G2, G3 dan G4.


Di dalam acara sempena mesyuarat Agong. PKMM WP turut mencadangkan agar dasar kerja-kerja undi diperluaskan kepada lebih banyak projek kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan projek swasta yang bersesuaian. Langkah ini diyakini mampu memperkukuh kontraktor tempatan, memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan daya saing industri serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. 


Selain itu, kerajaan disaran mempermbangkan insenf atau pengikrafan kepada pemaju yang secara konsisten memberi peluang kepada kontraktor tempatan, sebagai galakan untuk membina rantaian industri pembinaan yang lebih inklusif dan mampan. 


PKMM WP menegaskan bahawa industri pembinaan merupakan antara pemacu utama ekonomi negara. Justeru, sebarang kelemahan dalam sistem perolehan perlu diperbetulkan segera bagi memaskan seap ringgit wang rakyat dibelanjakan secara berintegri, telus dan memberi nilai terbaik.

 “Apabila persaingan berlaku secara adil, industri akan berkembang. Apabila kartel menguasai pasaran, kontraktor tempatan, pekerja dan  negara akhirnya menjadi mangsa.”

Comments