Penganjuran Karnival Pelancongan Islam PAPUH "Muslim Travel Fair 2026”


Shah Alam 22 Julai 2026 Penganjuran Karnival Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026 akan diadakan di Kompleks PKNS pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026. Karnival ini diadakan merupakan manifestasi komitmen PAPUH dalam memperkukuhkan ekosistem industri pelancongan Islam Malaysia, khususnya sektor Umrah, Haji dan Muslim Leisure.

Karnival ini diwujudkan sebagai platform yang menghimpunkan keseluruhan ekosistem industri di bawah satu bumbung, melibatkan agensi Umrah berlesen, syarikat penerbangan, hotel, institusi kewangan Islam, syarikat takaful, agensi kerajaan serta pelbagai pemain industri bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat dan membuat pilihan yang lebih yakin.


Kepentingan Karnival ini terhadap Permintaan terhadap pakej Umrah dan pelancongan mesra Muslim terus meningkat setiap tahun. Namun pada masa yang sama, kita masih melihat berlakunya kes-kes penipuan pakej Umrah yang merugikan masyarakat.

Atas sebab itu, PAPUH mengambil tanggungjawab menyediakan platform yang selamat, diyakini dan telus supaya orang ramai dapat:

- Berurusan terus dengan agensi Umrah yang sah dan berlesen.

- Mendapatkan maklumat yang tepat daripada pemain industri.

- Membandingkan pakej serta perkhidmatan.

- Membuat keputusan dengan lebih yakin dan selamat.

*Inilah antara objektif utama penganjuran karnival ini.


Maklumat Mengenai Karnival Pelancongan Islam PAPUH seperti dibawah. 

Karnival Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026 akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 

31 Julai – 2 Ogos 2026 

(Jumaat – Ahad)

Masa: 

10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat: 

Kompleks PKNS Shah Alam

*Kemasukan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.


Pada kali ini Sambutan permintaan dari industri Umrah dan Haji amat memberangsangkan. Dimana Sambutan Sehingga hari ini telah mengumpulkan lebih 52 syarikat dan organisasi yang telah mengesahkan penyertaan. Jumlah sebanyak 76 booth telah ditempah. Hanya tinggal 24 booth sahaja lagi untuk diisi.

Perkembangan ini membuktikan keyakinan tinggi pemain industri terhadap PAPUH serta potensi besar karnival ini untuk muncul sebagai platform utama pelancongan Islam di Malaysia. 


Karnival ini menghimpunkan pelbagai pemain industri termasuk:

- Agensi Umrah dan Haji berlesen

- Agensi Muslim Leisure

- Hotel

- Syarikat penerbangan

- Institusi kewangan Islam

- Syarikat takaful

- Organisasi pelancongan

- Agensi kerajaan


Turut bersama sebagai rakan strategik dan Sponsor utama ialah:

- Saudia Airlines

- RHB Bank

- Bank Rakyat

- Kingston Hotel

- IKIM FM

Kehadiran mereka akan memberikan lebih banyak pilihan, kemudahan dan nilai tambah kepada para pengunjung.


Majlis Perasmian Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026 akan disempurnakan oleh:

YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari

Menteri Besar Selangor

Tarikh: 

31 Julai 2026 (Jumaat)

Masa: 

3.00 petang

Tempat: 

Pentas Utama, Kompleks PKNS Shah Alam

Kesudian YAB Menteri Besar Selangor menyempurnakan majlis ini membuktikan sokongan Kerajaan Negeri terhadap pembangunan industri pelancongan Islam amat dihargai  


Orang Ramai perlu Hadir Karnival ini kerana inilah peluang terbaik untuk mendapatkan semua maklumat berkaitan Umrah, Haji dan pelancongan mesra Muslim di bawah satu bumbung dan ada banyak pilihan yang terbaik untuk anda membuat pilihan. 

Pengunjung juga berpeluang :

- Bertemu lebih 50 agensi dan organisasi industri.

- Membandingkan pakej daripada pelbagai syarikat.

- Mendapatkan konsultasi secara percuma.

- Berurusan terus dengan agensi yang sah dan berlesen.

- Menikmati promosi eksklusif dan diskaun istimewa.

- Membuat tempahan terus sepanjang karnival.


Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti forum, perkongsian ilmu, cabutan bertuah, kuiz pentas, hadiah menarik dan pelbagai program sepanjang tiga hari karnival berlangsung. 

Keistimewaan utama karnival ini ialah ia dianjurkan sendiri oleh PAPUH, iaitu Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia yang menghimpunkan agensi-agensi Umrah berlesen di negara ini.

Fokus kami bukan sekadar menjual pakej pelancongan, tetapi memberi penekanan kepada aspek keselamatan pengguna, pematuhan lesen, pendidikan serta meningkatkan keyakinan masyarakat dalam memilih agensi Umrah yang sah.

Selain promosi pakej Umrah dan Muslim Leisure, kami turut menghimpunkan institusi kewangan Islam, syarikat penerbangan, hotel, agensi kerajaan serta rakan strategik industri bagi memberikan maklumat yang lengkap kepada pengunjung.

Dengan kata lain, karnival ini bukan sekadar sebuah travel fair, tetapi sebuah platform pembangunan industri pelancongan Islam yang menghimpunkan keseluruhan ekosistem Umrah dan pelancongan Muslim di bawah satu bumbung.


Penganjur Karnival mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memilih agensi Umrah yang sah, berlesen dan diiktiraf. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu murah sehingga mengabaikan aspek keselamatan dan kredibiliti.

Jadi gunakan peluang di karnival ini untuk bertemu sendiri dengan wakil syarikat, mendapatkan penjelasan yang lengkap dan membuat keputusan dengan lebih yakin.


Untuk Sasaran pada kali ini. Melalui penganjuran, PAPUH mensasarkan kehadiran puluhan ribu pengunjung serta peningkatan keyakinan masyarakat terhadap industri Umrah dan pelancongan Islam negara.

Kami juga berhasrat menjadikan Muslim Travel Fair sebagai acara pelancongan Islam terbesar dan paling dinanti-nantikan di Malaysia.

Dengan sokongan ahli-ahli PAPUH, rakan strategik serta agensi kerajaan, kami merancang memperluaskan penganjuran karnival ini ke beberapa negeri di seluruh negara dengan sasaran sekurang-kurangnya empat siri penganjuran setiap tahun.


Jangan lupa untuk menghadiri bersama keluarga ke Karnival Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026 pada:

31 Julai hingga 2 Ogos 2026

10.00 pagi hingga 10.00 malam

Kompleks PKNS Shah Alam

Datanglah untuk mendapatkan maklumat yang sahih, menikmati pelbagai promosi eksklusif serta merancang perjalanan Umrah dan percutian Muslim anda dengan lebih yakin dan selamat.

Kehadiran anda amat memberikan komitmen dalam menjayakan Karnival Pelancongan Islam PAPUH – Muslim Travel Fair 2026. dengan sokongan semua pihak, karnival ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri pelancongan Islam negara, malah mampu mengangkat Malaysia sebagai hab pelancongan Islam yang unggul di rantau ini.



Comments