Rakyat Malaysia Mendapat Pengiktirafan Penganugerahan Lukisan Kaligrafi Terbesar di dunia dan Terbanyak dalam Karnival Pemeran & Jualan di AEON Mall Nilai Menarik Ramai Pengunjung

 Nilai 26 Julai 2026 Pameran Lukisan Khat & Kaligrafi Islam telah diadakan di Perkarangan AEON Mall. Pameran tersebut telah berlansung selama 3 Hari iaitu pada 24 Julai Hari Jumaat sehingga 26 Julai 2026 Ahad. Pemeran tersebut mendapat sambutan ramai  daripada pengunjung yang datang pada hari minggu itu. Rata rata pengunjung berpuas hati dengan pameran yang diadakan. Ada yang beberapa kali hadir untuk melihat hasil Karya Agung Dari Tuan Haji Abdul Ghafur dan Karya Ahli Akademi Kaligrafi. 


Di Sepanjang Karnival berlansung  turut diadakan beberapa acara yang menarik di Perkarangan AEON Mall tersebut. Antaranya Selawat Qasidah, Lagu Nasyid dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik. Karnival ini dianjurkan dan diuruskan oleh NH Mall Worldwide bersama Galeri Akademi Kaligrafi. 



Karnival ini juga menjemput beberapa usahawan, Penggiat Seni Budaya tanahair dan perwakilan antarabangsa, termasuk wakil dari Palestine sempat hadir bersama memberi perkongsian mengenai apa yang berlaku di Palestin. 





Antara aktiviti yang diadakan Sepanjang Karnival Kebudayaan & Kesenian Lukisan Kaligrafi adalah :

 1) Pameran dan Jualan Lukisan Kaligrafi Al Quran. 

2) Bicara Galeri Perkongsian Bersama Akademi Kaligrafi

3) Persembahan Pentas Kebudayaan

4) Gema Selawat dan Majlis Memartabatkan Al Quran

5) Persembahan jemputan Artis dan Kumpulan Nasyid

6) Jualan Pelbagai Produk Seni dan Kreatif

7) Pelbagai aktiviti untuk semua termasuk kanak-kanak, golongan Belia dan keluarga. 








Antara yang menarik dalam Karnival Kebudayaan & Kesenian Lukisan Kaligrafi adalah :

1) Pameran Lukisan Kaligrafi Al-Quran Terbesar di Dunia berukuran Saiz 10 tinggi kaki x 8 kaki Lebar dan Menyaksikan Pelbagai Koleksi Lukisan Kaligrafi lebih 100 keping dipamerkan. 

2) Pengunjung boleh menempah nama Kaligrafi daripada sentuhan pelukis Kaligrafi Professional untuk dijadikan Cenderahati dengan harga beratutan 

3)Menyaksikan Demotrasi pembuatan Kaligrafi Secara Langsung dari awal sehingga siapnya karya. 

4)Pameran Artifak Sejarah Islam

5)Menyaksikan Gema Selawat dan mengikutinya bersama kumpulan Keluarga Muhibbin jemputan dari Negeri perak. 

6)Pelbagai Jualan dari "Islamic Art" dari pelbagai negara seperti Syria, Palestine, mesir dan beberapa negara lain. 



Di dalam Karnival Kebudayaan & Kesenian Lukisan Kaligrafi selama tiga Hari berlansung ini.  Pihak Penganjur dan Penguruasan dari NH Mall Worldwide telah menganugerahkan Dua Periktirafan tertinggi. 


Antara Periktirafan yang diberi adalah :


Anugerah Mengenang Jasa Tokoh Bakti dan Rekod Dunia. Anugerah ini telah diberi kepada Tokoh Seni teragung Iaitu :

Tuan Haji Abdul Ghafur bin Haji Tahir dimana beliau telah lama berkecimpung dalam Lukisan Kaligrafi Al Quran ini lebih 50 tahun. Antara Karya beliau Terbesar adalah. 

1) Lukisan Kaligrafi Al Quran Terbesar di dunia berjumlah 30 keping  Berukuran saiz 10 kaki tinggi dan 8 kaki lebar. 

2) Beliau juga telah menghasilkan Karya Lukisan Kaligrafi sebanyak lebih 1000 terbanyak di dunia. 

3) Beliau juga telah mempamerkan hasil karya di pelbagai tempat di seluruh dunia. 

Anugerah ini diberi adalah untuk membukti kan NH Mall Worldwide menghargai hasil Karya yang beliau lakukan dari awal sehingga kini. NH Mall Worldwide juga akan meneruskan usaha menaikkan tokoh - tokoh lain yang Ada di Malaysia untuk menghargai mereka pada masa akan datang. 


Anugerah Kedua pula adalah :

Anugerah Rekod Malaysia Bacaan Maulid Qasidah Tanpa henti diberi kepada :

USTAZ MD SUJAIRI BIN MD LAZIN @ MD LAZIM bersama anak anak Keluarganya 

Anugerah Keluarga Cinta Rasul ini merupakan bacaan maulid Qosidah tanpa henti setiap hari melebihi 365 hari berturut turut sehingga kini dan telah memasuki tahun ke 2 iaitu 26 Julai 2026. Di Sepanjang Karnival Kebudayaan dan Kesenian Lukisan Kaligrafi ini beliau telah membaca Maulid setiap hari. 








Hasil dari Karnival Kebudayaan dan Kesenian Lukisan Kaligrafi yang diadakan di AEON Mall Nilai kali ni telah membuktikan dengan begitu ramai Pengunjung yang hadir dari pelbagai kaum, agama Tidak mengira lapisan masyarakat. Mereka rindukan acara seperti ini di harap akan diteruskan pada masa akan datang. 


Untuk Sebarang Pertanyaan, jemputan, kerjasama, Boleh Hubungi Admin NHMall Worldwide :

No Tel : (Admin) 0174511239 

lot 26 Tingkat 1 Shaftsbury Mall Putrajaya 

Alamat Email :  nhmallworldwide@gmail.com


Comments