Final World Cup 2026 bersama TPM Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi penuh meriah
Bangi 20 Julai 2026, Lebih 6,000 pengunjung menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangi Square 2, Selangor pada Isnin.
Program Final World Cup 2026 bersama Presiden UMNO yang bermula seawal 9 malam Ahad menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan buskers dan artis jemputan, trivia bola serta bicara bola sepak bersama pengacara selebriti, Hafizal Hamad.
Antara pemain bola sepak negara yang hadir memeriahkan sesi Borak Bola Bersama Lagenda adalah Datuk Zainal Abidin Hassan, Zaquan Adha dan Farizal Marlias.Majlis turut diserikan dengan kehadiran personaliti dan pempengaruh terkenal seperti Babah Naden, Ayam Kahau, Angah Raja Lawak serta Barisan Ultras Gendang.
Selain itu, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik menanti orang ramai yang hadir, termasuk hadiah perdana berupa sebuah motosikal.Pengunjung juga boleh menikmati minuman percuma daripada syarikat kopi tempatan iaitu Richiamo Coffee.
Program diakhiri dengan Semarak Subuh, solat berjemaah bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid Berdekatan. 
Comments
Post a Comment