Pra Pelancaran Karnival Kaligrafi Lukisan dan Tulisan Khat Al Quran Tangan Hasil dari Tuan Haji Ghafur akan diadakan di Ruang Legar Aeon Mall Nilai


Putrajaya 19 Julai 2026 Akademi galeri Art Akan mempamerkan lukisan dan kaligrafi khat yang mempunyai 1000 lebih koleksi sejak 30 tahun lepas sehingga hari ini. 



Akademi Galeri Art ia di asaskan oleh seorang rakyat malaysia bernama Tuan Haji Abdul Ghafur. Beliau yang asal nya merupakan seorang Arkitek pada peringkat awal. Beliau pernah memenangi  hadiah rekabentuk astaka tilawah Al Quran peringkat kebangsaan semasa Negeri selangor menjadi Tuan Rumah. 




Selain Beliau mempamerkan hasil karya dalam negeri. Beliau juga pernah mengadakan pameran lukisan dan kaligrafi khat di luar negara antaranya di Dubai, australia, singapura, Indonesia dan lain lain negara. 



Antara Hasil Karya Lukisan Khat Al Quran tangan beliau




Tuan Haji Ghafur bersama syarikatnya juga telah menjadi Pemankin Semangat dalam dunia seni lukis.  Kerana beliau telah menghasilkan lebih 1000 koleksi lukisan dan seni khat. Ia adalah antara terbanyak di di dunia. 






Beliau juga seorang yang mencipta seni lukisan dan ayat Suci al Quran tertinggi dan terbesar di dunia sehingga waktu ini berjumlah 30 keping dengan saiz 10 kaki tinggi x 8 kaki lebar. Dimana dengan warna yang menarik ia adalah pertama di dunia. Ia patut diberi penghargaan dan pengiktirafan dengan hasil yang beliau siapkan. 

Sultan Selangor juga tertarik dengan Karya beliau. 



Akan datang Satu pra pelancaran  karnival  Seni lukis dan khat Kaligrafi akan di adakan pada 24, 25 dan 26 julai 2026 ini di AEON Mall, Nilai negeri sembilan dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 




Karnival ini di uruskan oleh NHmall Worldwide bersama Galeri Akademi Kaligrafi. karnival ini juga menjemput Usahawan dan penggiat seni tanahair dan wakil antarabangsa yang akan hadir bersama. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri hasil karya Agong lukisan Kaligrafi Khat ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran anda boleh hubungi :

Al Fadhil Ustaz Zawawi : 017 451 1239

E-mel : nhmallworlwide@gmail.com




Comments