Filem The Keris : Telah Ditayangkan Bermula 2 Julai di Pawagam Terpilih Seluruh Malaysia



Filem : 

The Keris 


Pengarah :

Viknes Perrabu


Genre :

Aksi & Sejarah


Pelakon :

SYAZLIE SYAZZ, JULIA Larica, FIRDAUS Luthuffi, ZAINAL Isa, NIK RAMLY, RAJA AZREY, DNESH MURUGAN, DATO JALALUDDIN HASSAN, ABBEY ABIMBOLA


Terbitan :

MATHE’S PRODUCTION HOUSE SDN. BHD.


Penerbit Bersama : 

DR. MATHEYALAGAN THILAGAVATHY

PENERBIT BERSAMA 

& DR. SINNIAH NAIDO DR. JOBINA NAIDO


Pengedar : 

Empire Film 


Saluran :

Seluruh Pawagam Terpilih di Malaysia


Tarikh Tayangan :

2 Julai 2026



Sinopsis

Sejak pertempuran hebat antara Hang Tuah dan Hang Jebat, keris Taming Sari telah dipelihara dan menjadi keris adat kebesaran oleh keluarga Di Raja Perak turun-temurun. Namun kemana tersimpannya keris adat milik Hang Tuah atau di kenali sebagai Keris Tempa Melaka?

Marverick @ John Marverick iaitu seorang Mafia dari Rusia bercadang untuk mendaftarkan anaknya, John Vickey seorang pengamal seni Muay Thai menyertai kejohanan Seni mempertahankan diri yang akan diadakan di Malaysia. Ini adalah atas desakan dan pujukan dari Mr Samuel yang juga rakan kongsinya. 

Mereka sebenarnya menjalankan perniagaan haram iaitu urusniaga dadah di sebalik mengadakan pertandingan perlawanan di negara mereka Nigeria. Mr Samuel sebenarnya mempunyai misi tersendiri untuk mendapatkan Keris Tempa Melaka kerana mengetahui kelebihannya agar dapat menjadi orang yang berpengaruh dan berkuasa. Dia tahu Pak Hassan

adalah penyimpan keris adat Tempa Melaka milik Hang Tuah yang asli dan mempunyai anak lelaki yang hebat dalam persilatan iaitu Daeng.



Ulasan

Filem The Keris cetus fenomena baru perfilemen Tanah Air dimana ia diarahkan oleh Pengarah bukan Melayu tentang mengangkat Sejarah Lagenda Hang Tuah dan Seni Persilatan Melayu. Ia juga menampilkan Pelakon Aksi lasak Malaysia sebagai Watak Utama Daeng iaitu Syazlie. 

Penerbitnya, Dr. Matheyalagan berkata, idea menghasilkan The Keris tercetus apabila beliau mendapati generasi muda semakin kurang mengenali tokoh sejarah seperti Hang Tuah dan para sahabatnya.


“Saya mendapati bahawa kisah sejarah seperti hikayat Hang Tuah yang begitu cukup terkenal semakin dilupakan. Boleh dikatakan segenlintir anak muda hari ini tidak lagi mengenali Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. 

“Maka, ia telah mencetuskan idea dalam diri saya untuk menghasilkan The Keris bagi membangkitkan semula sejarah lama serta seni persilatan yang wajar diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

The Keris mengangkat kisah mengenai seorang anggota mafia luar negara yang mahu mendapatkan Keris Tempa Melaka milik Hang Tuah yang dikatakan memiliki kelebihan sendiri dan disimpan seorang individu.

Bagi Dr. Matheyalagan, filem terbaharu arahan Viknes Perrabu itu mempunyai kelainan tersendiri apabila ia menggabungkan dua latar masa yang berbeza iaitu era moden dan zaman Hang Tuah. 


Ujar beliau lagi, filem terbitan syarikatnya sendiri iaitu Mathe’s Production House Sdn. Bhd. turut mengetengahkan aksi persilatan, seni bela diri moden serta pelbagai adegan lagak ngeri yang mendebarkan.

Walaupun berbangsa India, Dr. Matheyalagan berkata, ia bukanlah satu halangan besar kerana melihat penghasilan karya bertemakan budaya Melayu sebagai satu tanggungjawab dan penghormatan kepada warisan negara.


Menampilkan barisan pelakon seperti Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Raja Azrey dan Datuk Jalaluddin Hassan, The Keris akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mula 


2 JULAI 2026


Lebih menarik, filem ini turut menampilkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor yang membuat kemuculan secara cameo di babak akhir filem. Jangan lepaska peluang memyaksikan filem terhebat ini. 





Trailer Filem : The Keris 


Comments