BLOSSOM RALLY PICKLEBALL 2026 PLATFORM SUKAN UNTUK KOMUNITI MENGHIMPUNKAN PELBAGAI PEMAIN PICKLEBALL SEBAGAI SUKAN AKTIF DAN PENYATUAN


Subang Jaya 12 Julai 2026 - Akademi Sang Putra (ASP) berjaya menganjurkan Blossom Rally Pickleball 2026 di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya, menghimpunkan lebih 5000 yang hadir terdiri daripada peserta pickleball, keluarga, selebriti, pempengaruh tempatan, penaja, vendor serta komuniti sukan dari seluruh negara, serta para tetamu yang hadir menyaksikan perlawanan yang menarik ini.  

Menariknya kira kira 70 peratus daripada peserta yang mengambil bahagian adalah wanita, sekali gus mencerminkan peningkatan penyertaan golongan wanita dalam sukan pickle ball yang semakin berkembang di dalam masyarakat Malaysia. 



Penganjuran Blossom Rally Pickleball 2026 bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan kekeluargaan serta memperkukuhkan semangat komuniti melalui penyertaan aktif dalam sukan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah Beregu Lelaki, Beregu Wanita, Acara Berpasukan, Sponsors & Celebrity Showdown dan Husband & Wife Showdown. Kejohanan ini turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,100 sekali gus menyemarakkan semangat persaingan sihat serta memberi pengiktirafan kepada para peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pertandingan.


Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti dan pempengaruh tempatan, antaranya Elfira Loy, Dato' AC Mizal, Cik Manggis, Zahiril Adzim, Harris Annuar, Dayah Bakar, Dahlia Rizal, Ayie Floor88, Fify Azmi, Imran Aqil, Atita Haris, Dr Ahmad Idham, Sharif Zero, Aishah Azman, Safiq Rahim, Minarwan Nawawi dan ramai lagi.



Selain pertandingan di gelanggang. kemeriahan Blossom Rally diteruskan sehingga ke malam menerusi pelbagai aktiviti antara komuniti aktif dalam sukan pickleball yang diterajuı oleh Kelab Akademi Sang Putra, Kelab Pickleheads KL dan Kelab NOVA. Aktiviti-aktiviti ini mencerminkan perkembangan komuniti pickleball yang semakin aktif, inklusif dan menyatukan masyarakat melalui gaya hidup sihat dan jaringan sosial yang positif.

Program ini mendapat sokongan daripada Dental Republik sebagai penaja utama yang berkongsi aspirasi dalam memperkasakan budaya hidup sihat dan pembangunan sukan komuniti di Malaysia.


Menurut Zaim Tawfek, Pengarah Program Blossom Rally Pickleball 2026 penganjuran acara ini membuktikan bahawa sukan mampu menjadi medium penyatuan yang berkesan merentasi pelbagai lapisan masyarakat.


"Blossom Rally merupakan platform komuniti yang meraikan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan. Pertandingan yang diadakan adalah permulaan dalam usaha untuk terus mencorak perkembangan komuniti melalui sukan. Dengan penyertaan melebihi 500 peserta dan penglibatan aktif wanita, keluarga,selebriti dan komuniti, ia sekali gus telah membuktikan potensi besar sesebuah sukan, terutamanya sukan pickleball,  mampu menyantuni dan menyentuh sejenak masyarakat,' katanya.


Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penghargaan kepada semua peserta, penaja, vendor, sukarelawan, pasukan teknikal, rakan media serta pengunjung yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan Blossom Rally Pickleball 2026.


Antara pemenang dalam Kategori yang dipertandingkan adalah :


Kategori ”Husband & Wife Double Champions


Champions : Dinkasaurs 
Lim Xin Yu / Jason Wee Kim Teong

Tempat kedua : Epic KL 
Cik Manggis / Syazmin Firdaus

Tempat ketiga : Likewise 
Sharena Halim/ Abdul Khalid
Jan Loh Shye Seng / Lim Sim Yin


Sponsor & Celebrity Showdown Mixed Double Champions


Champions : Rahime / Maisarah

Tempat kedua : Zarrin / Aisyah

Tempat ketiga : Nozie / Ain


Dengan sambutan yang amat menggalakkan, Blossom Rally Pickleball dijangka terus menjadi platform sukan komuniti yang memperkukuh hubungan sosial, mempromosikan kesejahteraan dan menggalakkan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat




BLOSSOM RALLY PICKLEBALL 2026 PLATFORM SUKAN UNTUK KOMUNITI

Blossom Rally Pickleball 2026 merupakan kejohanan pickleball berkonsepkan sukan komuniti, gaya hidup sihat dan kekeluargaan yang dianjurkan oleh Akademi Sang Putra (ASP) di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya pada 12 Julai 2026

Program ini menghimpunkan lebih 500 penyertaan terdiri daripada pemain pickleball, keluarga, selebriti, pempengaruh tempatan, penaja, vendor dan komuniti sukan. Penaja Utama kejohanan ini adalah Dental Republik. Menariknya, kira-kira 70% peserta adalah wanita, menjadikan Blossom Rally sebagai salah satu platform yang menyerlahkan penyertaan wanita dalam sukan pickleball.




Comments