Selbiz 2025 Bersama PKNS dan KRU Studios Kembali Dengan Tema Festival Inovasi , Kehadiran Artis Popular Bakal Hangatkan Pentas Konsert Gempak.

SHAH ALAM 28 Ogos 2025 - Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) kembali dengan edisi keempat yang bakal berlangsung dari 28 hingga 30 November 2025 ini di Lokasi Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagi edisi tahun ini, KRU Studios Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengurus acara rasmi. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), penganjuran kali ini dijangka lebih meriah dengan pengisian pelbagai program strategik dan hiburan berkualiti tinggi.

Menurut Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Yuzawati Yusof, SELBIZ 2025 disasarkan untuk terus menjadi platform utama pemadanan perniagaan antara syarikat multinasional, syarikat berkaitan kerajaan serta agensi kerajaan dengan Perusahaan Milkro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Matlamatnya bukan sahaja untuk pasaran domestik, tetapi juga bagi menembusi pasaran antarabangsa.

"Bertemakan Festival Inovasi. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Kami berharap SELBIZ 2025 akan menarik minat kehadiran lebih ramai pengunjung di samping menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam memajukan perniagaan PMKS," ujar beliau Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS Yuzawati Yilusof. Semasa ditemubual pada Sidang Media SELBIZ.


Tahun ini, SELBIZ 2025 bakal melangkah lebih jauh dengan pengisian baharu dan menarik termasuk zon pempamer berteknologi tinggi, konsert imersif selama tiga hari, program "Family Fun Run", pertandingan e-Sukan dan pelbagai aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.



Antara tarikan utama SELBIZ 2025 ialah Konsert Gempak SELBIZ yang bakal menampilkan barisan artis popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razali, Zarul Umbrella dan ramai lagi.



Selain itu, pengunjung turut berpeluang menikmati persembahan istimewa dari maskot watak animasi popular seperti Didi & Friends dan Umar & Hana, di samping maskot baharu seperti Zan Orang utan dan Kikako Kids.


Sementara itu, selaku Pengurus Acara SELBIZ 2025, Dato' Norman Abdul Halim berkata, SELBIZ 2025 menjanjikan kelainan dengan strategi penjenamaan serta kandungan program yang lebih segar dan berdaya saing.  "Di samping berhibur dan bersukan, pelbagai tawaran hadiah istimewa daripada pempamer dan hadiah cabutan bertuah buat pengunjung akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya.

SELBIZ ia merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh BPU sebagai platform pemerkasaan pasaran, peningkatan daya saing serta peluasan jaringan perniagaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


Bagi pengunjung yang hadir pihak pengurusan akan menyediakan Bas perantara percuma kepada pengunjung yang memgunakan pengangkutan awam. Kerana tempat Parkir adalah terhad dengan banyak kawasan berdekatan acara sedang dibangunkan. 



Pada tahun lalu, SELBIZ telah mencatatkan kejayaan besar dengan kehadiran lebih 36,000 pengunjung dan penyertaan 200 usahawan. Hasil kutipan jualan pada masa itu melebihi RM3.55 juta.

Untuk maklumat lanjut mengenai SELBIZ 2025, sila layari :


 atau ikuti platform media sosial rasmi SELBIZ di Instagram, Facebook dan TikTok untuk perkembangan terkini.


Mengenai PKNS

Ia merupakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri Selangor yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964. PKNS adalah agensi pembangunan negeri Selangor dalam pelbagai bidang meliputi hartanah, usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), taman industri, alam sekitar, tenaga boleh diperbaharui, hospitaliti serta penjagaan kesihatan. Sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pemangkin pertumbuhan sosio ekonomi demi kesejahteraan rakyat negeri Selangor, PKNS bukan sahaja berkhidmat untuk para pemegang taruh tetapi ia meliputi kepada kesemua lapisan masyarakat di Selangor. Penganjuran SELBIZ 2025 ini adalah Program yang dapat membantu untuk memajukan usahawan disamping dapat memperkenalkan PKNS kepada Pengunjung yang hadir. 


Comments