MINI SHOWCASE MICKEY KLAXSON DAN SYAMEL AMZAH BERLANSUNG MERIAH DENGAN JAYANYA

 Kuala Lumpur, 30 Ogos 2025 -211 Event Empire dengan bangganya menganjurkan Mini Showcase. 211 Event Empire Persembahkan: Mini Showcase Eksklusif Bersama Artis Malaysia & Indonesia iaitu Mickey Klaxson dan Syamel Amzah yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2025 (Sabtu), jam 3.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur.

Mini Showcase Ini menampilkan barisan artis hebat daripada  Malaysia dan Acheh Iaitu :


 Mickey Klaxson

John Bear Si Nakal

Ameerais Forteen

Syamel Amzah

The Potai's Band


Para peminat yang hadir secara fizikal telah berpeluang menyertai sesi Meet & Greet eksklusif dengan harga tiket hanya RM100.00, termasuk jamuan hi-tea dan barangan merchandise istimewa. 

Tiket tontonan live streaming pula hanya RM10.00/ IDR40,000, dan setiap pembelian secara automatik telah melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dimana hadiah ia menarik antaranya dapat percutian ke Acheh. 



Acara telah dimulakan dengan persembahan kebudayaan tarian samam dari acheh. Kemudian Juruacara membuka pentas dan memanggil artis- artis untuk membuat persembahan. Didalam persembahan Mini Showcase yang telah diadakan ini para artis membuktikan Lagu Nyanyian mereka sungguh menghiburkan penonton yang hadir bersama. Dengan aksi penuh menghiburkan. Sampai penonton bertepuk tangan setiap kali selesai nanyian mereka. Ada penonton gembira kerana dapat melihat dan mendengar persembahan mereka dari dekat. Ia sungguh menghiburkan.


Misi Promosi Ke Acheh

Sebagai persiapan awal sebelum showcase ini, pasukan 211 Event Empire telah menjalankan misi promosi ke Aceh dari 12 Ogos hingga 15 Ogos 2025. Lawatan tersebut meliputi Banda Aceh dan Bireuen. Di Bireuen, pasukan kami menerima sambutan hangat yang sarat dengan adat tradisi dan budaya Aceh.


Kami juga menerima sokongan padu daripada Bapak Bupati (H. Mukhlis, ST), Ibu Bupati (Hj. Sadriah, SKM, MKM) dan Wakil Bupati (Ir. H. Razuardk, MT) Bireuen, serta Pak Erik, pemilik Zona HP, Klinik Bidan Desita dan Pak Iqbal, pengurus kepada Mickey Klaxson.


Pihak 211 Event Empire merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak di Aceh yang telah menjayakan misi promosi ini. Serta mengucapkan terima kasih kepada pengunjung dan tetamu yang hadir dalam mini Showcase yang telah diadakan di Hotel Ideal. 


Sebagai tanda serius dalam kolaborasi ini, Mickey Klaxson bersama keluarga turut dibawa ke Kuala Lumpur untuk menyertai promosi lanjutan menjelang hari showcase pada masa akan datang. 


Pembelian tiket telah dibuat melalui QR Code yang disediakan dalam poster rasmi melalui

laman web : 

www.211eventempire.com

 &

 sharkv.my


Temubual bersama Mickey Klaxson Mengenai Suara Salem


Ucapan Terima Kasih Mickey Klaxson kepada peminat



Comments