Ibu Syamsul Haris mahu hak keadilan terhadap siasatan kepada anaknnya berkenaan Isu kehilangan anaknya baru baru ini supaya pihak menyiasat dengan telus dan Adil punca sebenar kes Arwah Syamsul Haris. Presiden IMAN mahu siasatan yang telus dan Adil keatas Kes Syamsul Arif.

Kuala Lumpur 12 Ogos 2025 Satu sidang Media telah diadakan di dewan Syed Bistro Kuala Lumpur, berdekatan Balai Polis Dang Wangi mengenai Isu syamsul Haris . Bersama dalam sidang media adalah Presiden Ngo IMANdan tetamu yang lain. Presiden IMAN menekankan harus ada sisatan semula mengenai kes Syamsul Haris yang berlaku ketika melakukan Latihan (PALAPES) baru baru ini. 


Pihak berkenaan harus  meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan latihan yang dilaksanakan termasuk membabitkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). SOP berkenaan meliputi menambah baik aspek pemeriksaan kesihatan yang perlu dibuat secara lebih teliti sebelum latihan dimulakan.

Mengenai kes yang berlaku , Kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, Syamsul Haris Shamsudin, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.


Penuntut Semester 2 Ijazah Sarjana Muda Sekuriti Siber UTM yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan PALAPES UTM bermula 26 Julai lepas dan dijadualkan berakhir 3 Ogos.

"Kejadian yang menimpa amat dikesali, walaupun berlaku dalam satu sesi latihan yang sememangnya dirancang sedemikian rupa," katanya sambil menambah latihan disertai Allahyarham mematuhi SOP ditetapkan.


Mengikut apa yang dikatakan oleh ibunya berkata, “Saya pasti anak saya didera hingga kehilangan nyawa. Saya mahu punca kematian sebenar, bukan alasan yang tidak tepat. Tegas beliau mahukan keadilan terhadap apa yang menimpa anaknya. 

“Saya mohon sebuah jawatankuasa siasatan yang telus ditubuhkan tanpa melindungi mana-mana pihak, walaupun melibatkan individu berjawatan dalam Palapes,” tegasnya lagi. 

Apa yang berlaku kebelakangan ini banyak isu ditutup mengenai perkara sebenar , sebagaiman kita melihat sendiri kes Zara Qairina di sabah. Jadi sisatsan harusnya telus dan adil kepada magsa . Ini adalah isu yang besar harus diambil tahu berkenaan apa yang menimpa Syamsul Haris . Presiden IMAN berperanan penting pada sidang media ini bagi memastikan ke ini dibawa kepada pengadilan yang telus dalam siasatan. 

Comments