Kembara 3 hari peserta maulid di Kedah sempena memyambut Maulidur Rasul
Kedah 21 Ogos - 23 Ogos 2025 kembara rehlah sirah Junjungan (siri 1). Ia diadakan bagi mengingati Hari Lahir Rasullalah s.a.w Kembara bermula sampai di Gurun Kedah, seterusnya naik ke Gunung jerai . Di Gunung jerai semua peserta naik sehingga ke puncak tertinggi. Di puncak gunung jerai adanya sebuah menara yang akan di adakan bacaan maulid marhaban qosidah. Kemudian pada petang 11 rabiulawal dan esoknya 12 rabiulawal peserta akan bermalam di jerai hell , Disana diadakan aktiviti maulid qosidah burdah dan disertakan Jamuan makan malam serta doa kesyukuran kenduri maulid di puncak gunung jerai.
Kembara kemudian diteruskan ke Jeti Tasik Pedu ,Padang Terap, Kedah sambil menaiki houseboat merong mahawangsa untuk ke pulau di dalam tasik bagi melihat keindahan Alam ciptaan Allah SWT sekaligus mengeratkan silaturrahim peserta yang hadir. Kemudian peserta bermalam dan qiamulail di kawasan rehat yang ada di tasik pedu. Serta aktiviti keagamaan dan muzakarah.


Program ini telah Melakar sejarah baru bagi Nusantara Malaysia khususnya di jerai dan Sejarah Kerajaan Kedah Tua.
Mengikut ucapan Al Fadhil Ustaz Zawawi Misi ini juga telah membersihkan kawasan jerai dan kawasan lain di seluruh Malaysia serta semua tempat di muka bumi Allah SWT dari perkara syirik, khurafat yang sebelum ini banyak berlaku. Dengan meninggikan kalimah Allah SWT dan berselawat . Ia telah menepati apa yang dibawa Paduka Baginda Nabi Muhammad S.A.W iaitu Rahmatulalamin. (Rahmat untuk sekelian alam)

Comments
Post a Comment