MBSB BANK LAKAR SEJARAH DENGAN KERJASAMA WISE, PERKENAL PERKHIDMATAN GLOBAL EASY TRANSFER

 PETALING JAYA, 28 Ogos 2025 – MBSB Bank Berhad hari ini melancarkan GET – Global Easy Transfer, sebuah perkhidmatan kiriman wang antarabangsa baharu yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Wise, syarikat teknologi global yang terkemuka dalam pembayaran rentas sempadan. Dengan pelancaran ini, MBSB Bank menjadi bank pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Wise Platform, iaitu infrastruktur global yang digunakan oleh bank dan perusahaan di seluruh dunia. Melalui integrasi ini, pelanggan kini boleh menghantar wang ke luar negara dengan lebih mudah, pantas dan telus terus dari aplikasi perbankan runcit ”M Journey”.


Perkhidmatan GET diwujudkan bagi mengatasi masalah yang sekian lama membebankan rakyat Malaysia seperti caj tersembunyi, masa pemprosesan yang lambat, kadar pertukaran tidak jelas, dan kekurangan ketelusan dalam proses pemindahan. Fasa pertama menawarkan kiriman wang ke 12 mata wang utama, termasuk Dolar Amerika (USD), Pound Sterling (GBP), Euro (EUR), Dolar Singapura (SGD), Rupiah Indonesia (IDR), Dolar Australia (AUD) dan banyak lagi.



Semua transaksi disertakan dengan ciri yang membolehkan pemantauan setiap masa, kadar tukaran wang yang kompetitif, serta jaminan tiada caj tersembunyi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Rafe Haneef, berkata, “Melalui GET, kami memberi keyakinan kepada keluarga, golongan profesional dan pemilik perniagaan untuk menghantar wang ke luar negara dengan jelas, berapa jumlah yang akan diterima dan bila ia akan sampai, mencerminkan inovasi kami yang mementingkan pelanggan.” Pemindahan wang melalui GET adalah segera atau pada hari yang sama, bergantung kepada destinasi, dan boleh dijejaki dari awal hingga akhir seumpama menjejaki penghantaran bungkusan.

Dengan lebih 55,000 rakyat Malaysia menuntut di luar negara seperti di Australia, UK dan Amerika Syarikat, kiriman wang ke luar negara kini menjadi keperluan harian. Sama ada untuk yuran pengajian, penginapan, elaun sara hidup atau kecemasan, GET menawarkan cara yang lebih pantas, jelas dan dipercayai untuk menyokong insan tersayang.


Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse, menambah, “Menghantar wang tidak sepatutnya rumit. GET direka khas untuk menyelesaikan aduan utama pelanggan – kelewatan yang melampau, caj tersembunyi, dan kurang ketelusan. Kerjasama dengan Wise Platform ini membolehkan kami menawarkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia.”



Sementara itu, Pengurus Besar APAC Wise Platform, Samarth Bansal, berkata, “Kerjasama ini adalah pencapaian penting buat Wise iaitu kolaborasi pertama kami di Malaysia. Dengan MBSB Bank, lebih 22 juta individu di Malaysia kini boleh menghantar wang dengan pantas, selamat, telus dan mudah. Komitmen MBSB Bank terhadap ketelusan dan inovasi selaras dengan misi kami menjadikan pembayaran antarabangsa semudah dan sepraktikal mungkin. Bersama-sama, kami menetapkan penanda aras baharu bagi pembayaran rentas sempadan dalam industri perbankan tempatan.”

Dengan hanya beberapa sentuhan dalam aplikasi M Journey, pelanggan boleh menikmati pemindahan wang antarabangsa yang:

● Boleh dipantau setiap masa

● Harga telus tanpa caj tersembunyi

● Penghantaran segera atau pada hari sama

● Disokong oleh infrastruktur global yang dipercayai

● Tiada caj pemindahan sepanjang tempoh promosi pengenalan

● Had transaksi harian sehingga RM100,000

Kerjasama ini juga menyokong transformasi MBSB Bank ke arah menjadi bank Islam moden berteraskan digital, dengan menawarkan penyelesaian praktikal dan inklusif yang mencerminkan cara hidup, bekerja dan berhubung rakyat Malaysia di peringkat global. GET – Global Easy Transfer kini boleh diakses melalui aplikasi M Journey untuk semua pelanggan MBSB Bank dengan promosi tiada caj pemindahan. Bagi pelanggan baharu, akaun boleh dibuka dengan mudah di www.mbsbbank.com, dan pemindahan wang ke luar negara boleh dilakukan serta-merta dengan kadar kompetitif.


Mengenai MBSB Berhad


MBSB (dahulu dikenali sebagai Malaysia Building Society Berhad) telah menjadi penyumbang penting kepada industri perkhidmatan kewangan negara dan pembangunan ekonomi selama lebih 70 tahun. MBSB juga merupakan syarikat pemegangan kewangan bagi MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF). MBSB Bank adalah sebuah bank Islam yang progresif yang menawarkan kemudahan perbankan patuh Syariah kepada pelanggan runcit, PKS, dan korporat, manakala MIDF adalah penyedia perkhidmatan kewangan yang memberi tumpuan kepada perbankan pelaburan, kewangan pembangunan, dan pengurusan aset.


Mengenai Wise Platform


Wise ialah syarikat teknologi global yang memperkenalkan cara terbaik untuk memindahkan dan mengurus wang di seluruh dunia. Sepanjang sedekad yang lalu, Wise telah membina rangkaian baharu sepenuhnya bagi pergerakan wang antarabangsa. 

Menerusi Wise Platform, bank dan syarikat besar boleh memanfaatkan teknologi Wise dan menyepadukan kaedah terbaik untuk menghantar, menerima serta mengurus wang merentas sempadan ke dalam infrastruktur sedia ada mereka. Dengan rangkaian rakan kongsi global yang pelbagai, Wise Platform membantu bank dan perniagaan menjimatkan masa dan kos dengan membolehkan mereka menawarkan pembayaran rentas sempadan yang pantas, berkesan kos, telus dan mudah kepada pelanggan.


Video Pelancaran Perkhidmatan Global Easy Transfer


Comments