AKADEMI KEMAHIRAN YAYASAN BASMI KEMISKINAN (AKYBK), AKADEMI PERSILATAN SEDUNIA (APS), KARISMA EMPIRE ASSOCIATES SDN BHD (KEASB) DAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM) JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENDIDIKAN TVET DAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA
KELANA JAYA, 13 Ogos 2025 – Ibu Pejabat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menjadi saksi pemeteraian Letter of Intent (LOI) antara empat institusi, iaitu Akademi Kemahiran YBK (AKYBK), Akademi Persilatan Sedunia (APS), Karisma Empire Associates Sdn. Bhd. (KEASB) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majlis ini menandakan permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET), pembangunan modal insan serta memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat, khususnya golongan belia.

Kerjasama ini akan merangkumi pelaksanaan program persijilan profesional, latihan teknikal, pembangunan akademik dan kolaborasi industri dalam bidang strategik termasuk elektrik, tenaga dan teknologi. Usaha ini juga seiring dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk memperkasa TVET sebagai pemacu utama pembangunan negara, meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan, serta menyediakan laluan kerjaya yang lebih luas kepada belia.


Sesi Temubual bersama AYBK
Temubual dari Wakil Universiti Teknikal Melaka
Comments
Post a Comment