Review Filem Tamil Pertama Pembuka Tahun 2024 Bertajuk "CAPTAIN MILLER"
Filem :
Captain Miller
Pengarah:
Arun Matheswaran
Genre:
Aksi
Pelakon:
Dhanush ( Kapten Miller ), Shiva Rajkumar , Sundeep Kishan, Priyanka Arul Mohan,
Aditi Balan, John Kokken, Nivedhithaa Satish, Vinoth Kishan, Alexx O'Neil,
Elango Kumaravel.
Penerbit:
Sathya Jyothi Films
Edaran:
MSK Cinemas SDN BHD
Saluran:
Seluruh Pawagam Seluruh Malaysia
Tarikh Tayangan:
12 Januari 2024
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Seorang Kapten pembelot. Beliau terpaksa berpaling tadah dari menjadi seorang askar upahan British dan terpaksa menjadi penjenayah yang tidak konvensional melaksanakan rompakan berani pada tahun 1930-an dan 1940-an. Kapten Miller mesti memutuskan sama ada untuk terus berlari atau menghadapi cabaran secara berterusan . Dimana beliau mempunyai semangat cintakan Tanah Air Beliau dari penjajahan "Coloneal" British di India. Pelbagai cabaran diahadapi beliau bersama pengikutnya berjuang untuk pembebasan keidupan rakyat di kampung mereka dari penjajahan dan Korupsi beterusan.
Ulasan :
Ini adalah Filem pembukaan tahun 2024 yang saya tonton di pawagam. Pada mulanya saya merancang untuk menonton dua filem sehari, tetapi waktu tayangan filem Ayaalan pula sama masa pada hari ini. Dimana ada 4 Filem Tamil ditayangkan secara serentak pada malam itu. Filem ini berkonsepkan tentang pengalaman hidup seorang yang bernama "Captain Miller' dalam mengahadapi pelbagai cabaran bagi memastikan kebebasan rakyat kampungnya bebas dan berjaya keluar dari penjajahan "British". Filem ini dibawa sendiri oleh MSK Cinema Sdn Bhd untuk ditayangkan di malaysia . Dimana sebelum ini telah banyak filem yang menarik dan mendapat kutipan yang tinggi untuk ditonton oleh rakyat Malaysia pelbagai kaum .
Pada permulaan tayangan Filem ini bergerak perlahan banyak menceritakan tentang kehidupan Miller. Di dalam peperangan ini, mereka berebut sesuatu yang berharga, yang penonton akan saksikan di penghujung cerita.
Pada pendapat saya , bermula dengan Captain Miller, pembikin filem Tamil sebelum ini sudah mula menampakkan kesungguhan mereka untuk menghasilkan karya-karya yang setanding dengan Hollywood. Apabila anda menyaksikan sendiri Filem "Captain Miller" dan filem-filem lain yang ditayangkan sempena sambutan perayaan Pongal tahun ini anda akan melihat Filem yang berkualiti tinggi akan ditayangkan kepada anda dengan menyajikan pelbagai aksi aksi yang puas untuk anda nikmati bersama keluarga ataupun kawan kawan.
Secara keseluruhannya, Sudah pastinya saya memuji Filem Captain Miller ini. Kerana ia adalah filem yang memaparkan kesungguhan untuk kebebasan, bukan sahaja daripada penjajahan, tetapi juga daripada pihak yang menindas mereka.
Untuk Pelakon dalam Filem ini seperti Dhanush telah pasti beliau adalah "superstar" Filem Tamil di India telah memberikan persembahan yang Menarik dan selalu mengejutkan penonton dengan aksi beliau sukar untuk ditewaskan. Pastinya anda akan melihat sendiri Aksi Dhanush menjadi "Captain Miller" amat bersesuaian ia dapat menghidupkan dan menonjolkan watak sebenar seorang Hero meyelamatkan banyak orang yang ditindas. Ia amat bermakna sama sekali melihat apa yang ditonjokan oleh Watak "Captain Miller sehingga tamatnya cerita ini terus anda akan berasa ceria.
Shivarajkumar yang muncul sebagai abang Miller, dan kawan kawan seperjuangannya. Kemunculan mereka pastinya dapat menambah kekuatan kepada Captain Miller. Bila saya melihat filem ini saya terkenangkan Filem Rambo. Dimana watak rambo memainkan peranannya bersama rakan seperjuangannya sama juga terlintas dengan Watak dalam Filem Mat Kilau .Dimana rakan seperjuangan mereka sama-sama melawan penjajahan yang menindas orang kampung mereka.Priyanka Arul Mohan pula membuktikan beliau sebagai heroin tidak perlu mendampingi hero. Beliau memainkan wataknya dengan tersendiri. Dimana beliau sendiri berjuang bersama untuk melawan pihak musuh.
Kekuatan filem ini juga terletak pada GV Prakash Kumar, pencipta lagu dan muzik latar, yang berjaya menghidupkan emosi Captain Miller. Dimana banyak adengan dengan latar muzik akan dapat menyentuh perasaan dan emosi anda bila menyaksikan filem ini.
Jadi kesimpulannya filem "Captain Miller" harus anda tonton. Kerana dari segi keseluruhan ia amat berbaloi untuk sebuah Filem sehebat ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk anda menonton sendiri Filem "Captain Miller ini yang akan berada di Pawagam Seluruh Malaysia pada :
Comments
Post a Comment