Putrajaya, 28 Januari 2024 Program diadakan bersama penduduk Presint 14B (P14B), ini adalah kali kedua, anjuran Persatuan Penduduk P14B, yang diketuai Pengerusinya, Ybrs Tuan Haji Kamarun Ab Rahman. Ramai Penduduk P 14B hadir bagi memeriahkan acara Hari Keselamatan dan Keceriaan.
Pelbagai acara yang diadakan antaranya penerangan tentang cpu untuk menyelamatkan mangsa yang mengalami kesesakkan nafas, lemas,dan tidak bergerak. Penerangan dan latian tunjuk ajar tersebut telah disampaikan oleh ketua penerangan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM). Dengan adadanya latihan ini ia membantu penduduk di kawasan presint 14B Putrajaya jika berlakunya kemalangan secara tiba tiba dan dapat menyelamatkan mangsa tersebut.
Bermula dari jam 9.00 pagi lagi, selepas sarapan, ceramah dan demonstrasi itu turut disertai beberapa penduduk merangkumi dewasa, dan kanak-kanak mencuba replika atau patung yang disediakan. Ketua penerangan APM memberi latihan kepada untuk mencuba kaedah memberikan rawatan merangkumi tujuh langkah, iaitu menyedari bahaya, tindak balas mangsa, menjerit minta tolong, udara, pernafasan, kitaran, dan defibralasi. Latihan tersebut selesai diajarkan kepada warga penduduk presint 14B dengan jayanya. Ramai yang mencuba termasuk kanak-kanak dan Wanita Dewasa.
Selain itu, diadakan juga demonstrasi memotong kayu dengan alat pemotong khas sekiranya berlaku kes pokok tumbang, dan sebagainya.
Selepas sarapan pagi selingan acara seterusnya , Wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat hadir memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai keselamatan di rumah, terutamanya ketika menggunakan dapur gas untuk sebagai persediaan mencegah sebelum berlakunya kebakaran. Penerangan ini penting kerana sebelumnya pernah berlaku kebakaran semasa penduduk balik ke kampung ketika perayaan. Ia berlaku disebabkan berlakunya kebocoran gas di dapur. Benda ini harus diambil perhatian supaya ia tidak lagi berlaku . Penerangan tersebut telah disampaikan dengan jayanya tentang permasalahan tersebut . Ia mendapat sambutan yang baik dari warga yang hadir.
Kemudian Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan sesi Demotrasi pula dihadapan warga yang hadir tentang cara menyelamatkan dari api yang terbakar ketika memasak di dapur.
haji kamarun bersama warga penduduk mencuba untuk memadam api kebakaran di dapur dalam latihan demotrasi Bomba yang diadakan. Ia menyaksikan ramai warga penduduk terpegun melihat api yang dipadamkan dan mendapat ilmu yang berguna untuk memadamkan kebakaran dari pihak Bomba yang memberi penerangan bersama.
Sesi bergambar bersama abang bomba dan AJK penduduk Presint 14B serta warga penduduk turut sama dapat memeriahkan suasana.

Pelbagai masalah yang masih menghantui penduduk komuniti tersebut dinyatakan dengan lantang oleh beberapa penduduk yang hadir. Mereka mengambil peluang yang dibuka dengan menegaskan bahawa dialog tidak bermakna jika tiada wakil PPj. Ia hanya menjadi tempat luahan perasaan, tanpa keputusan tuntas.
Putrajaya hampa kerana tiada seorang pun wakil Perbadanan Putrajaya (PPj) menghadiri sesi Dialog PPj, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) - kesemuanya dari Putrajaya, bersempena dengan acara Hari Keselamatan dan Keceriaan P14B 2.0, pada 28 Januari lalu.
Jika wakil PPj tidak bersedia hadir, apatah lagi wakil rakyat/Ahli Parlimen Putrajaya, YB Mohd Radzi Md Jidin. Sungguhpun YB Mohd Radzi adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, iaitu pembangkang, dan dialog dihadiri agensi kerajaan pusat, tetapi beliau perlu hadir mendengar sendiri segala permasalahan. Itu sebahagian daripada tugas, dan tanggungjawab beliau.
Mohd Radzi dan agensi kerajaan wajar melupakan perbezaan politik demi kemaslahatan masyarakat, seiring dengan konsep Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan MADANI yang menganjurkan kecemerlangan, dan ketelusan.
Justeru, Haji Kamarun membuat kesimpulan dan memberitahu hadirin, bahawa beliau akan cuba membawa segala masalah yang ada kepada Radzi, agar diketengah pula ke Dewan Rakyat/Parlimen.
“Tak boleh dibiarkan berterusan. Sudah sampai masanya ia dibawa ke peringkat yang tertinggi, iaitu Parlimen agar dapat diselesaikan. Jika wakil rakyat kita membisu, dan tidak bertindak menyelesaikannya, maka kita akan ‘selesaikan’ beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti,” tegas Kamarun.
Antaranya termasuklah ketiadaan pusat kejiranan, ancaman anjing liar, anggota PDRM tidak membuat rondaan waktu malam hingga ke pagi, kadar bayaran meletak kenderaan, meletak kenderaan sesuka hati hingga menyempitkan lalu-lintas, dan kegiatan warga asing yang seolah-olah kebal undang-undang.
Dalam dialog itu, ada penduduk yang lantang menyebut jika masalah anjing liar pun tidak dapat diatasi, bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang lebih besar.
Mereka juga bertanya bagaimana warga asing yang tidak diketahui datang dari mana, boleh sewenang-wenangnya mengutip barang-barang lusuh di mana-mana sahaja, dengan menggunakan kenderaan yang statusnya juga diragui.
“Apakah tiada undang-undang dikenakan terhadap mereka? Begitu juga dengan pemandu bas sekolah yang sesuka hati dan berlagak samseng meletakkan bas sekolah masing-masing di kiri kanan jalan! Apakah pihak berkuasa tak nampak?” tegas salah seorang penduduk.
Dipengerusi oleh Kamarun, sesi dialog itu antara lain dijayakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya, Dato’ Ahmad Faisal, penjawat awam, Ahmad Fadhly; dan Leftenan Kamarul Haqim dari APM.
Sebelum itu, penduduk P14B mendapat banyak maklumat berguna mengenai keselamatan merangkumi penyelamatan nyawa jika berlaku kemalangan menerusi ceramah, dan demonstrasi oleh Leftenan Kamarul sendiri, serta pembantunya.
Sebelum bersurai, diadakan cabutan bertuah, dan disudahi jamuan makan tengah hari. Seratus penduduk pertama yang mendaftar hadir juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka diberikan alat pemadam api 1 liter. Kesimpulannya aktiviti seperti ini harus diadakan sentiasa bagi merapatkan kekeluargaan antara warga penduduk. Program ini juga boleh menjadi pencetus dan diadakan pula di tempat yang lain. Ini kerana ia dapat memberikan maklumat Yang berguna serta dapat merapatkan ukhwah antara penduduk. Warga penduduk juga dapat mempelajari pelbagai aspek keselamatan dan dapat membantu kejiranan jika berlaku kemalangan tidak diiginkan. Saya berharap acara seperti ini akan diadakan bukan setahun sekali malahan 3 kali setahun ataupun 2 kali setahun kerana ia amat penting bagi warga penduduk sentiasa dalam persediaan dan menyelesaikan masalah Yang berlaku. Di akhir program sesi bergambar bersama Ajk, MPP dan warga penduduk Presint 14B.
Comments
Post a Comment